Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Brek Kereta Tiba-Tiba Rosak
Gambar: TikTok @altimatsaujanautama

Apa Nak Buat Kalau Brek Kereta Tiba-Tiba Rosak? Ini Caranya

Iqbal Yasir

Apa Nak Buat Kalau Brek Kereta Tiba-Tiba Rosak? Ini Caranya

Memandu kereta pada kelajuan tinggi kadangkala boleh membawa risiko besar kepada pemandu dan penumpang, terutama apabila jalan licin akibat hujan atau tumpahan minyak.

Oleh itu, setiap kenderaan dilengkapi dengan brek, yang berfungsi untuk mengawal kelajuan dan membantu mengurangkan risiko kemalangan seperti terbabas atau menuruni kawasan curam.

Bagaimanapun, kadangkala sistem brek boleh mengalami kegagalan semasa memandu.

Tidak dinafikan, situasi ini mengerikan apabila saban hari kita ‘disajikan’ dengan berita kemalangan jalan raya atau kenderaan terjatuh gaung melibat masalah ini.

Oleh sebab itu, penting bagi pemandu untuk sentiasa memeriksa dan memastikan brek kenderaan dalam keadaan baik.

Meskipun begitu, jika brek kereta anda gagal berfungsi sewaktu memandu, apakah tindakan atau langkah yang boleh diambil untuk memberhentikan kenderaan itu?

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan tip yang disampaikan akaun TikTok, @altimatsaujanautama, mengenai perkara ini di bawah.

Jangan panik, ini yang anda perlu buat jika brek kereta tiba-tiba rosak

Dalam klip video tersebut, seorang lelaki menjelaskan cara yang lebih efektif untuk memberhentikan kenderaan dalam situasi kecemasan, dengan membezakan antara kereta manual dan kereta auto.

Gambar: TikTok @altimatsaujanautama

Bagi kereta auto, pemandu perlu menggunakan tangan kanan untuk mengawal stereng kereta, manakala tangan kiri memegang brek tangan atau handbrake. Jika berlaku kecemasan, pemandu harus menarik dan menurunkan brek tangan berulang kali sehingga kenderaan berhenti sepenuhnya.

Bagi kereta manual pula, pemandu hanya perlu menurunkan gear ke tahap yang lebih rendah secara bertahap untuk memperlambat dan memberhentikan kenderaan. Penting untuk diingat, jangan sesekali menarik brek tangan secara mengejut, karena hal ini boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Video ini telah mendapat lebih dari 40,000 jumlah tontonan dengan hampir 1,000 komen dari warga maya, menunjukkan betapa pentingnya informasi tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi semua pemandu.

BACA: Empat Tabiat Punca “Aircond” Kereta Cepat Rosak, No 2 Paling Ramai Buat

Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok