Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
lelaki penggal kucing
Kredit: Bernama

Bantah Fakta Kes, Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Penggal Kepala Kucing

Athirah

Bantah Fakta Kes, Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Penggal Kepala Kucing

Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak hari ini menolak pengakuan bersalah seorang penggangur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya, lapor Sinar Harian.

Ketika sebutan kes, Hakim Musli Abdul Hamid membacakan dua pertuduhan terhadap lelaki itu dan dia mengaku bersalah.

Lelaki yang berusia 33 tahun itu didakwa menggunakan pisau pemotong daging untuk memegang kepala seekor kucing, menurut pertuduhan pertama ke atasnya.

Difahamkan, hal itu dilakukan tanpa alasan munasabah ataupun tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dalam pada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30(2) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (4) Akta yang sama.

Sekiranya disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kemudian, bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan ugutan jenayah menerusi percakapan terhadap ibunya yang berusia 70 tahun.

Perbuatannya itu menyebabkan dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pun begitu, Hakim menolak kedua-dua pengakuan bersalah tertuduh selepas dia membantah fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi.

Oleh itu, tarikh 19 Jun ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes manakala Hakim menetapkan 10 dan 11 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes bekenaan.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam diarahkan untuk direman hingga tarikh perbicaraan kes selesai, menurut Hakim.

Tertuduh berang disuruh mencari pekerjaan

Pada 15 Mei lalu, kira-kira jam 12.40 tengah hari, lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kediaman mereka di Jalan Tanjong Durian, Kampung Keranji, Bau.

Tindakan tertuduh memenggal kepala kucing milik jirannya adalah susulan tidak berpuas hati dengan pengadu, iaitu ibunya yang meminta tertuduh mencari pekerjaan.

Disebabkan tindakannya itu, ibu tertuduh bimbang tentang keselamatan dirinya dan membuat laporan polis.

BACA: Kes Masak Stesen Minyak: Empat Mengaku Bersalah, Didenda RM500 Seorang

Sumber: Sinar Harian