Siakap Keli
keadaan pesawat singapore airlines
Gambar tular di media sosial

Keadaan Pesawat Singapore Airlines Selepas Hadapi Gelora Udara Tular Di Media Sosial

Keadaan Pesawat Singapore Airlines Selepas Hadapi Gelora Udara Tular Di Media Sosial

Hari ini, negara digemparkan dengan berita pesawat Singapore Airlines SQ321 mengalami gelora udara hingga menyebabkan penumpang berada di dalamnya maut dan cedera.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi milik Singapore Airlines, seramai 18 penumpang telah dimasukkan ke hospital manakala 12 lagi sedang menerima rawatan selanjutnya.

“Baki penumpang dan kru sedang diperiksa dan diberi rawatan yang perlu di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok,” kata pihak syarikat penerbangan itu dalam hantaran.

Tambah pihak Singapore Airlines lagi, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memberikan bantuan perubatan kepada penumpang.

Dalam pada itu, pihaknya juga sedang menghantar pasukan pertolongan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan.

Keadaan pesawat Boeing 777-300ER selepas kejadian gelora udara

Sementara itu, menerusi hantaran di media sosial, terdapat beberapa warga maya berkongsi keadaan pesawat Boeing 777-300ER selepas mengalami kejadian gelora udara yang teruk.

Dalam video berdurasi 16 saat yang dikongsikan oleh @AdityaRajKaul di X, kesemua topeng oksigen tergantung daripada siling pesawat dan tidak berada di tempat yang sepatutnya.

Gambar: South China Morning Post

Selain itu, kabin pesawat digambarkan berada di dalam keadaan berselerak dan sebahagian komponen pesawat dilihat turut terkeluar daripada siling pesawat.

Gambar: South China Morning Post
Gambar: South China Morning Post

Dalam gambar tersebut boleh dilihat makanan yang disediakan oleh pihak penerbangan turut bergelimpangan di sekitar kabin pesawat.

Sumber: South China Morning Post, Media sosial

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.