Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
penghalang gunung fuji dipasang
Gambar: Kazuhiro NOGI / AFP

Penduduk “Muak”, Penghalang “View” Gunung Fuji Di Lokasi Viral Mula Dipasang

Iqbal Yasir

Penduduk “Muak”, Penghalang “View” Gunung Fuji Di Lokasi Viral Mula Dipasang

Penduduk Fujikawaguchiko kini muak dengan sikap kurang bertanggungjawab pelancong yang menceroboh, membuang sampah dan melanggar peraturan lalu lintas semata-mata untuk mengambil gambar Gunung Fuji.

Keadaan ini memaksa pihak berkuasa tempatan untuk memasang penghalang di kawasan ‘hotspot’ pelancong itu pada Selasa demi menangani masalah tersebut.

Berdasarkan tinjauan AFP, pekerja telah mula memasang jaring hitam dengan panjang 20 meter, bertujuan untuk mengurangkan kesan negatif lambakan pelancong ke kawasan itu.

Tindakan ini juga diambil atas kebimbangan terhadap keselamatan dan kelestarian alam sekitar.

penghalang gunung fuji dipasang
Gambar: Kazuhiro NOGI / AFP

Tambahan pula, penduduk tempatan turut memberitahu bahawa sesetengah pelancong meletakkan kenderaan secara haram dan mengabaikan larangan merokok termasuk berada di kaki lima semata-mata untuk mengambil potret gunung itu dari lokasi kedai serbaneka.

“Saya berharap jaring itu akan membendung daripada aktiviti berbahaya,” kata seorang penduduk yang juga pengusaha kedai gula-gula tradisional Jepun, Michie Motomochi, 41.

penghalang gunung fuji dipasang
Gambar: Kazuhiro NOGI / AFP

Walau bagaimanapun, segelintir pelancong yang berada di lokasi itu meluahkan kekecewaan terhadap keputusan terbabit.

“Saya berasa kecewa selepas mereka mula meletakkannya di situ. Ia merupakan lokasi baik untuk gambar berlatarkan gunung itu diambil.

“Tetapi, saya memahami mengapa keputusan itu dilakukan. Kami berada di sini malam tadi dan mengambil gambar buat kali terakhir sebelum dinding itu mula dipasang,” kata seorang pengunjung New Zealand, Christina Roys, 36, sambil menambah terdapat ramai orang ketika itu.

BACA: Comel, Reaksi Wanita Terima Hadiah Hari Lahir Skuter Vespa Raih Perhatian Ramai

Gambar: Kazuhiro NOGI / AFP

Dalam pada itu, pejalan kaki yang menggunakan laluan paling popular untuk mendaki Gunung Fuji pada musim panas ini akan dikenakan bayaran sebanyak 2,000 yen (kira-kira RM60) setiap seorang, dengan jumlah penyertaan dihadkan kepada 4,000 untuk mengurangkan kesesakan.

Sistem tempahan dalam talian telah diperkenalkan untuk laluan Yoshida untuk menguruskan kemasukan pejalan kaki ke Gunung Fuji.

Sebelum ini, kerajaan Jepun telah mengumumkan rancangan pembinaan penghalang setinggi 2.5 meter bagi menyekat pandangan ke Gunung Fuji sebagai tindak balas terhadap tingkah laku kurang sopan pelancong asing.

“Tindakan ini terpaksa dilakukan, dan kami amat kesal kerana ada pelancong yang tidak dapat menghormati peraturan dengan meninggalkan sampah dan mengabaikan peraturan lalu lintas,” katanya.

BACA JUGA: Keluarga Tular Bawa Bayi Naik Motosikal Ke Hospital Dapat Perhatian PM

Sumber: AFP via France 24