Siakap Keli

JAECOO Jamin Rangkaian Perkhidmatan Kukuh Di Malaysia

JAECOO Jamin Rangkaian Perkhidmatan Kukuh Di Malaysia

Malaysia baru-baru ini telah mengatasi Thailand untuk menjadi pasaran kereta kedua terbesar di Asia Tenggara, selepas Indonesia. Peralihan ini memberi gambaran positif terhadap daya tarikan Malaysia dalam kalangan golongan pembuat kereta. JAECOO, jenama SUV premium antarabangsa untuk kegunaan lasak, sedar akan potensi pasaran di Malaysia dan komited untuk membangunkan rangkaian perkhidmatan yang kukuh di Malaysia.

Baru-baru ini, jenama tersebut telah merasmikan usahasama dengan 30 wakil pengedar eksklusif sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjangnya.

“JAECOO Malaysia komited terhadap pertumbuhan jangka panjang di Malaysia menerusi sokongan rangkaian perkhidmatan yang kukuh. Kami teruja berganding bahu dengan rakan kongsi pengedar kami untuk membawakan kenderaan terbaik dalam kelasnya yang dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pengalaman pelanggan terbaik ke pasaran Malaysia.

jaecoo suv
30 wakil pengedar tersebut akan mengendalikan 35 buah pusat yang bertanggungjawab dalam pengedaran dan perkhidmatan lepas jualan SUV premium jenama JAECOO di wilayah tengah, utara, selatan dan Malaysia Timur.

Falsafah jenama kami, ‘From Classic, Beyond Classic’ jelas menggariskan matlamat kami untuk mentakrifkan semula pengalaman premium mudah milik buat jenama SUV pencabar ini. Ternyata, JAECOO bersedia untuk mencipta kejayaan di Malaysia,” kata Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen, di upacara menandatangani usahasama dengan wakil pengedar yang diadakan bersempena dengan Malaysia Autoshow 2024.

30 wakil pengedar tersebut akan mengendalikan 35 buah pusat yang bertanggungjawab dalam pengedaran dan perkhidmatan lepas jualan SUV premium jenama JAECOO di wilayah tengah, utara, selatan dan Malaysia Timur. Presiden, Leo Chen, dan Naib Presiden, Emily Lek, hadir di upacara tandatangan bersama wakil pengedar.

Sedia membawakan pengalaman pemilikan SUV serba premium di Malaysia

jaecoo suv
Seiring dengan rakan kongsi pengedar, JAECOO Malaysia bersemangat untuk menyediakan kenderaan terbaik yang dilengkapi dengan teknologi inovatif serta pengalaman pelanggan yang terbaik ke pasaran Malaysia

Sistem rangkaian jualan dan perkhidmatan ekslusif JAECOO Malaysia sedia mentakrifkan semula pengalaman pemilikan SUV lasak premium. Bagi memenuhi komitmen ini, pusat pengedaran JAECOO Malaysia direka dengan ciri-ciri jenama tersendiri termasuk laluan Super Walkway untuk menyambut para pelanggan.

Selain itu, ciri-ciri tambahan yang membawa keselesaan termasuk stesen kopi khas berkonsepkan bar, pameran produk yang menarik, serta ruang penyerahan kereta khusus bagi melengkapkan pengalaman premium.

“Rangkaian pengedar JAECOO Malaysia disokong oleh gudang alat ganti kereta khusus dan kilang pengeluaran yang terletak di Malaysia. “Pelaburan kami merangkumi ekosistem pengedar yang berkedudukan strategik dan kemudahan komprehensif, dilengkapi dengan pasukan penasihat perkhidmatan yang utuh dan juruteknik berkemahiran tinggi. Ini adalah asas kekuatan jenama JAECOO yang membuktikan ketersediaan kami untuk pelancaran di Malaysia,” jelas Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

Membentuk semula pasaran kenderaan lasak berpandukan tenaga baharu 

jaecoo suv
JAECOO Malaysia mempamerkan JAECOO J7 Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) dan JAECOO J6 kenderaan elektrik penuh (EV) di Malaysia Autoshow 2024.

Dalam usaha mengukir namanya dalam pasaran automotif Malaysia yang rancak, JAECOO telah menyatakan hasratnya untuk mencerminkan mandat globalnya iaitu untuk membentuk semula nilai produk pasaran kenderaan lasak berpandukan tenaga baharu.

Jenama itu dilaporkan akan membawa pengalaman pemanduan lasak yang lebih pintar, cekap dan selamat bagi manfaat pengguna di peringkat global, sejurus memperkenalkan naratif tenaga baharu hasil daripada lonjakan teknologi JAECOO.

JAECOO telah memberi pasaran Malaysia peluang mengintai barisan inovatif masa depannya dengan mempamerkan Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) JAECOO J7 dan Kenderaan Elektrik (EV) penuh JAECOO J6 di Pameran Malaysia Autoshow 2024.

Di persada landskap tenaga baharu yang mengalami transformasi yang pesat, JAECOO berkongsi bahawa visinya untuk membawakan inovasi adalah sejajar dengan ekologi jenamanya iaitu, “Tenaga Baharu, Eko Baharu, Era Baharu.” Ini menetapkan nada untuk JAECOO buat tahun-tahun akan datang kerana ia berhasrat untuk menyumbangkan produk baharu, teknologi baharu dan ekosistem baharu untuk memanfaatkan pasaran Malaysia.

Untuk butiran lanjut, sila layari www.jaecoo.com.my dan ikuti platform media sosial JAECOO Malaysia.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.