Siakap Keli
cara buat kuih ropa

Kuih Warisan Terengganu, Ini Cara Buat Kuih Ropa

Kuih Warisan Terengganu, Ini Cara Buat Kuih Ropa

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kaum dan budaya yang pelbagai dan sudah tentu menjadi perhatian dan tarikan pelancong dari segenap dunia.

Selain daripada kepelbagaian tempat perlancongan, Malaysia juga mempunyai pelbagai keunikan makanan tradisi sesetengah masyarakat antaranya masak lemak tempoyak yang terkenal di Negeri Sembilan, Patin Tempoyak di Pahang dan banyak lagi.

Salah satu hidangan unik termasuklah Kuih Ropa yang menjadi kebanggaan masyarakat Terengganu. Mungkin generasi kini masih kurang mengenali kuih unik ini.

Bagi memastikan ia tidak terus ditelan zaman, SK hari ini akan berkongsikan resipi kuih Ropa oleh Muliadi Ramli menerusi Facebook Kumpulan Masakan Terengganu. di bawah.

Ini Cara Buat Kuih Tradisi Terengganu, Kuih Ropa

cara buat kuih ropa
Gambar: Muliadi Ramli

Kuih tradisi Orang Terengganu. Kuih Ropa ni ada banyak jenis. Ini antara jenis inti yang popular, Ropa Ikan, Ropa Kari Daging dan Ropa Daging Blackpaper. Boleh cuba ikut selera masing-masing.

BACA: Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebabnya

Kulit Ropa;

1.Tepung gandum 300 gram.
2. Telur dua biji.
3. Minyak masak dua sudu besar.
4. Air 600 mililiter.
5. Garam satu sudu kecil.
6. Tepung jagung dua sudu besar.
7. Pewarna kuning 1/2 sudu kecil.

cara buat kuih ropa
Gambar: Muliadi Ramli

Untuk resipi kulitnya sama sahaja untuk ketiga-tiga jenis kuih ropa. Masukkan semua bahan kulit dalam satu bekas kacau rata. Kisarkan semua bahan untuk kulitnya.

Kemudian, gunakan pan atau kuali yang tak melekat, bentuk kulitnya seperti dalam gambar. Masukkan inti. Akhir sekali, goreng gunakan sedikit minyak sahaja. Selamat mencuba.

cara buat kuih ropa
Gambar: Muliadi Ramli

Bahan-Bahan Resipi Ropa Inti Ikan 

1. Ikan selayang lima ekor (direbus bersama asam keping dan garam. (diambil isi dan ditumbuk lumat).
2. Bawang merah lima  biji (dimayang nipis).
3. Bawang putih seulas (dihiris nipis).
4. Halia satu inci (dihiris nipis).
5. Halba satu sudu besar.
6. Santan satu kotak kecil.
7. Gula garam dan perasa secukup rasa.

Semua bahan dimasak sekali hingga kering atau lembap-lembap ikut suka masing-masing. Ketepikan.

Gambar: Muliadi Ramli

Bahan-Bahan Resipi Ropa Inti Kari Daging

1. Daging lembu 250 gram (dicincang halus).
2. Bawang besar (dipotong dadu).
3. Bawang merah tujuh biji.
4. Bawang putih tiga ulas.
5. Rempah kari (tiga sudu besar).
6.Kentang dua biji (potong dadu).
7. Gula garam dan perasa.
8. Cili boh dua sudu besar.

BACA: Kenapa Langit Bertukar Warna Hijau Ketika Dilanda Ribut? Ini Sebabnya

Cara buat;

Bawang merah + putih dikisar halus. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili boh. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan daging yang dicincang masak sampai empuk.

Masukkan kentang, gaulkan sebati dengan kentang. Masak hingga hampir kering. Masukkan bawang besar. Garam gula perasa. Ketepikan inti.

cara buat kuih ropa
Gambar:Muliadi Ramli

Bahan-Bahan Resipi Inti Black Pepper (Lada Hitam)

1. Daging lembu 200 gram (dicincang halus).
2. Bawang holland 1/2 biji (dipotong dadu).
3. Bawang merah dua biji.
4. Bawang putih enam ulas.
5. Lada hitam (tiga sudu besar ditumbuk kasar).
6. Cili api merah dan hijau lima biji.
7. Kentang satu biji (potong dadu).
8. Halia satu inci.
9. Kicap manis tiga sudu besar.
10. Sos tiram dua sudu besar.
11. Gula garam dan perasa.
12. Sos lada hitam.

Gambar: Muliadi Ramli

Cara membuat;

Bawang merah + putih + halia ditumbuk halus. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan lada hitam. Tumis hingga naik bau.

Masukkan sos tiram dan tumis lagi. Masukkan daging yang dicincang masak smpai empuk. Masukkan kicap manis, sos lada hitam.

Masukkan kentang. Gaulkan sebati dengan kentang. Masak hingga hampir kering. Masukkan bawang besar. Cili padi, garam, gula perasa. Ketepikan inti.

Selamat mencuba.

Sumber: Muliadi Ramli via Facebook Kumpulan Masakan Terengganu

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?