Siakap Keli
Cara Buat Fucuk Soya
Kredit: @fivefootgardener via TikTok

Senang Je Rupanya, Ini Cara Nak Buat Fucuk Soya “Homemade”

Senang Je Rupanya, Ini Cara Nak Buat Fucuk Soya “Homemade”

Soya dan dunia masakan di Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun soya bukanlah makanan ruji kita, namun soya tetap ada manfaatnya yang tersendiri kepada kesihatan.

Menurut portal Hello Doktor, soya adalah salah satu daripada beberapa jenis tumbuhan yang kaya dengan pelbagai asid amino yang diperlukan tubuh.

Kacang soya dikatakan mengandungi protein hampir 40 peratus dan 20 peratus minyak. Ia sekaligus menjadikan soya ada banyak kegunaannya. Selain boleh dijadikan suplemen, soya juga boleh digunakan sebagai bahan masakan dan memenuhi keperluan industri.

Malah, makanan yang berasaskan soya juga boleh menyediakan protein yang baik untuk anda. Selain protein, kandungan lain yang ada dalam soya adalah seperti serat, kalium, magnesium, tembaga dan mangan.

Di Malaysia, terdapat pelbagai sajian hidangan dapat dihasilkan dengan menggunakan kacang soya. Antaranya ialah taufu fa, tempe dan air soya.

Selain tiga menu di atas, satu lagi bahan masakan berasaskan soya yang begitu popular dalam dunia masakan adalah fucuk soya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, fucuk soya adalah bahan masakan yang sangat versetail. Misalnya fucuk boleh diletakkan ke dalam kuah lontong, sambal goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi.

Justeru, kali ini SK nak kongsikan cara membuat fucuk soya ‘homemade‘ dari pengguna TikTok @fivefootgardener di bawah ini.

Sama macam dekat kedai & sangat mudah, ini cara buat fucuk soya sendiri

Pertama sekali, soya yang hendak digunakan perlu direndam di dalam air terlebih dahulu. Selepas itu, masukkan kacang soya bersama air rendaman ke dalam pengisar.

Cara Buat Fucuk Soya

Kemudian, anda perlu kisar kacang soya tersebut sehingga menjadi tekstur halus. Sebelum dimasukkan ke dalam periuk, anda perlu menapis bahan kisar mengguna penapis kain.

Cara Buat Fucuk Soya

Cara Buat Fucuk Soya

Kemudian, tuang bahan kisar ke dalam penapis kain dan perah untuk ambil airnya. Soya berkenaan boleh dikisar beberapa kali untuk diambil ekstrak airnya.

Selepas itu, masukkan air soya ke dalam kuali atau periuk besar. Didih dan tunggu sehingga terbentuk lapisan atas air soya.

Cara Buat Fucuk Soya

Apabila lapisan di atas air soya itu menjadi keras atau mempunyai kedutan, anda boleh mengangkat menggunakan chopstick, kemudian jemur fucuk tadi untuk proses pengeringan.

Menurut @fivefootgardener lagi, anda tidak digalakkan meletak fucuk ke atas pinggan kerana ia boleh menyebabkan lapisan fucuk melekat.

Lebihan air soya itu pula boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Mudah je kan. Selamat mencuba. Anda juga boleh menonton video lain yang juga melibatkan pembuatan fucuk soya di bawah.

@najmudin.shukor

Replying to @ifahnoor709 saya tak tahu kat mana nak beli dapur utk komersial sayur fucuk . @SayurFucukHasdey bole bantu ke? 🥹 #abangsoya #skrsoyasegamat #tiktokmalaysia🇲🇾 #sayurfucuk #inpirasiramadan

♬ original sound – ABANG SOYAAA – ABANG SOYAAA

BACA: ART Diuji Lagi Di Putrajaya, Boleh Naik Percuma Hingga 31 Julai

Sumber: @fivefootgardener via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.