Siakap Keli
Sistem Penyembur Air malaysia
Gambar: X

Ramai Cadang Guna Sistem Penyembur Air Di Malaysia, Ini Jawapan Dr Aid Fawzal

Ramai Cadang Guna Sistem Penyembur Air Di Malaysia, Ini Jawapan Dr Aid Fawzal

Negara-negara di rantau Timur terkenal dengan padang pasir kerana cuaca di sana boleh dikatakan panas sepanjang tahun. Disebabkan itu, pelbagai teknologi dan sistem penyaman udara diwujudkan di sana.

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang pengguna platform X mencadangkan kerajaan untuk menggunakan sistem penyembur air di ibu negara seperti mana yang digunakan di negara-negara Timur Tengah.

Walau bagaimanapun,  pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Automotif iaitu Dr Aid Fawzal menjelaskan kenapa sistem ini tidak sesuai diaplikasikan di Malaysia.

Sistem penyembur air tidak sesuai di Malaysia

Gambar: X

Menurutnya yang juga pakar aliran bendalir dan pemindahan haba (fluid dynamics & heat transfer), kadar kelembapan (humidity) menjadikan sebab mengapa sistem ini tidak sesuai digunakan di Malaysia.

“Sistem penyembur air (water mister) ni sesuai di Timur Tengah tetapi tidak sesuai untuk negara kita. Ini kerana kadar kelembapan (humidity) di negara kita tinggi. Bahasa mudahnya, di sana panas kering.

“Apabila titisan air merebak di udara, sebahagiannya akan meruap (evaporated) dan ini akan menarik haba persekitaran.

“Selain itu, titisan air juga jatuh ke kulit kita akan tersejat dan meruap. Ini merendahkan suhu permukaan kulit, jadi selesa,” jelasnya.

‘Evaporative Cooling’

Gambar: X

Tambah beliau, proses ini dipanggil ‘evaporative cooling’ di dalam Fizik. Ia sebab yang sama juga kenapa manusia berpeluh, bertujuan untuk mengawal suhu badan dengan cara air peluh meruap.

BACA: Apa Akan Jadi Kalau RON95 Bercampur Dengan RON97? Ini Penjelasan Pakar

“Sebaliknya, jika air peluh tak meruap. Badan berlengas dan rasa tidak selesa. Macam lepas kita bersukan dan kita duduk statik berhenti. Kena-kena tak ada angin pulak. Kan tak selesa tu.

“Bayangkan pula kalau kulit kita diselaput satu lagi lapisan air disebabkan ada mister, kita jadi rimas.

“Solusi yang lebih baik adalah wajibkan setiap pokok yang ditebang oleh pemaju, mereka harus tanam balik pokok dengan nilai yang sama,” katanya.

Tambahan lagi, Dr. Aid Fawzal memaparkan perbezaan suhu kawasan bandar berpokok dengan tidak.

Gambar: X

Katanya lagi, Malaysia sebuah negara yang beriklim panas lembab. Sekiranya sistem semburan air ini diwujudkan, kita akan menambahkan lagi kelembapan udara.

Kesannya, ia akan membuatkan rasa berlengas, kawasan mudah naik lumut atau kulat dan gatal-gatal kulit pada sesetengah orang.

Semoga bermanfaat.

Sumber: X @AidFawzal

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?