Siakap Keli
Arsenal rekod Piala FA
Gambar: AFP

Ungkit Sejarah, Arsenal Dakwa Pegang Rekod Terbanyak Julang Piala FA

Ungkit Sejarah, Arsenal Dakwa Pegang Rekod Terbanyak Julang Piala FA

Susulan Manchester United menjulang Piala FA semalam menewaskan Manchester City 2-1 dalam perlawanan akhir, Arsenal mendakwa kelab itu adalah pemegang terbanyak juara Piala FA Inggeris dengan rekod sebanyak 14 kali.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu hantaran di platform X, The Gunners hari ini.

Dalam hantaran tersebut, kelab dari liga Perdana Inggeris itu turut menganjurkan kuiz teka nama pemain yang pernah mewakili Arsenal dalam kejohanan itu sejak tahun 2000.

Gambar: AFP

“Kami mempunyai legasi dalam Piala FA, tiada pasukan lain yang pernah menjulang trofi itu dengan rekod sebanyak 14 kali.

“Bolehkah anda namakan pemain yang berada dalam setiap tujuh kemenangan kami sejak tahun 2000?” tulis kelab itu.

 

Para peserta juga boleh menekan pautan laman sesawang di sini untuk mengikuti kuiz tersebut.

“Kami memenangi piala terkenal itu (FA) pada tahun 2002, 2003, 2005, 2014, 2015, 2017 dan 2020.

“Anda boleh menguji pengetahuan anda tentang bintang-bintang (pemain) perlawanan akhir tersebut dengan cuba menamakan setiap pemain yang memulakan setiap perlawanan dengan menyarung jersi kami.

“Anda mempunyai 15 minit untuk memerah otak anda untuk mencuba dan menyenaraikan barisan pemain daripada setiap kejayaan.

“Apabila anda selesai, pastikan anda berkongsi skor anda dengan rakan serta mencabar mereka untuk mengalahkannya!” tulis Arsenal.

Alami musim yang teruk, tapi buktikan mampu julang trofi Piala FA

Semalam, anak-anak buah Erik Ten Hag menutup mulut pengkritik dengan menjuarai Piala FA dalam Derbi Manchester pada perlawanan akhir yang berlangsung Stadium Wembley selepas pasukan itu hanya menamatkan saingan liga di tempat ke-8.

Memetik AFP, Ten Hag dalam perlawanan semalam berjaya membuat ‘resipi’ untuk mengatasi anak-anak didik Pep Guardiola yang menjadi pasukan pilihan untuk menjulang trofi itu.

BACA: Seorang Bakal Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah

Pada separuh masa pertama, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo meletakkan United di landasan untuk memenangi Piala FA buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun selepas menjaringkan dua gol tanpa balas.

Gambar: JUSTIN TALLIS / AFP

Pada minit ke-87 Jeremy Doku berjaya menjaringkan gol saguhati The Citizens selepas percubaan lemahnya gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Andre Onana.

Bagaimanapun, gol tersebut sudah terlambat untuk City menafikan United bergelar juara.

Sementara itu, Pep turut memuji prestasi memberangsangkan dan mengucapkan tahniah kepada United selepas menewaskan pasukanya.

“Tahniah kepada United. Ia adalah perlawanan yang sengit. Ia tidak mustahil dalam bola sepak.

“Mereka berjaya menjaringkan dua gol dan kami tidak dapat menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Sumber: X @Arsenal, AFP

BACA: Man City Atau Arsenal Juara Liga Perdana Inggeris?

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?