Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Man City arsenal juara liga
Premier League

Man City Atau Arsenal Juara Liga Perdana Inggeris?

Azmil

Man City Atau Arsenal Juara Liga Perdana Inggeris?

Selepas kemenangan Manchester City ke atas Tottenham Hotspurs awal pagi tadi, drama juara liga hanya boleh dinobat selepas perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL). Ketika ini, sudah tentu ia berpihak kepada Man.City dengan kelebihan 2 mata berbanding Arsenal sebagai pencabar terdekat.

Man City bakal berdepan West Ham manakala Arsenal melayan kunjungan Everton di Emirates Stadium. Semua perlawanan terakhir dijalankan serentak pada Ahad, 11 malam (waktu Malaysia).

Sukar untuk meramal Man City atau Arsenal bakal menjadi juara liga bagi kempen kali ini. Ini kerana, kedua-dua pasukan yang sedang bersaing berada dalam momentum terbaik mereka. Kedua-dua pasukan juga mencatatkan kemenangan penuh dalam 5 perlawanan terakhir liga.

Jika musim lepas, Arsenal lebih awal terlepas dari menjulang trofi Liga Inggeris. Musim ini anak-anak buah Arteta mencatat satu lagi rekod baru apabila ini adalah musim paling hampir untuk mereka menamatkan kemarau 20 tahun tanpa trofi EPL.

Kali terakhir Arsenal memenanginya pada tahun 2004 bersama pengurus paling lama dalam sejarah mereka iaitu Arsene Wenger. Man City pula sedang buas memburu kejuaraan liga keempat berturut-turut dan keenam secara keseluruhan dalam era Pep Guardiola.

Matematik Penentuan Juara Liga Inggeris

Secara matematiknya mudah sahaja. Jika Man City berjaya menang dalam perlawanan terakhir, apa sahaja keputusan perlawanan Arsenal tidak mampu menghalang Man City jadi juara liga. Jika City seri dengan West Ham dan Arsenal menang lawan Everton, trofi EPL kali ini milik skuad Arteta.

Ringkasnya City wajib menang dalam perlawanan terakhir. Arsenal perlu berharap semangat ‘Super Saiya’ menyerap masuk dalam tubuh pemain-pemain West Ham untuk menyekat City dan memenangi perlawanan menentang Everton.

Kejohanan Eropah

Selain penentuan juara, penentuan siapa akan ke kejohanan Eropah musim depan juga tidak kurang menariknya. Setakat ini, 4 teratas sudah mengesahkan tempat ke UEFA Champions League (UCL) iaitu City, Arsenal, Liverpool dan Aston Villa.

Mana-mana pasukan yang menduduki tempat kelima akan terus layak dalam kejohanan UEFA Europa League (UEL). Manakala yang menduduki tempat keenam pula akan layak ke UEFA Europa Conference League (UECL) kerana Liverpool yang menjuarai Piala EFL sudah layak ke UCL.

Namun kedudukan tempat keenam ini akan layak ke UECL atau UEL hanya akan ditentukan selepas perlawanan akhir Piala FA di antara City dan United. Jika City menang slot ke UEL akan jadi milik pasukan di kedudukan keenam dan slot UECL akan menjadi milik pasukan ditempat ketujuh liga.

Jika United jadi juara Piala FA dan tamatkan liga di tempat kelima atau keenam, mereka akan layak ke UEL dan mana-mana pasukan lain di kedudukan 6 teratas akan menyertai United di UEL dan ditempat ketujuh akan layak ke UECL.

Tetapi jika United menang Piala FA dan tamatkan liga ditempat ketujuh dan kelapan, hanya pasukan ditempat kelima sahaja akan menyertai United dalam UEL manakala pasukan ditempat keenam layak ke kejohanan UECL.

Man City atau Arsenal juara Liga Inggeris? Sama-sama kita nantikan Ahad ini.

Sumber: Premier League

BACA: Akhyar Rashid Dah Mula Latihan Ringan