Siakap Keli
kenal pasti punca tukar tayar
Gambar: TikTok @muadzmustafha

Tayar ‘Haus’, Lelaki Kongsi Cara Kenal Pasti Punca Sebelum Tukar Tayar Baharu

Tayar ‘Haus’, Lelaki Kongsi Cara Kenal Pasti Punca Sebelum Tukar Tayar Baharu

Tayar adalah salah satu komponen paling penting bagi kenderaan kerana ia membantu memberi keseimbangan terhadap pengendalian dan stereng selain memberi keselesaan serta cengkaman.

Seperti yang kita ketahui, setiap tayar mempunyai bunga atau lekuk-lekuk pada permukaan yang bertujuan untuk mencengkam jalan atau membelah air.

Selain itu tayar juga mempunyai kategori seperti soft compound, medium compound dan hard compound.

Tetapi, apabila tayar kereta sudah “haus”, komponen itu perlu ditukar ke tayar baharu dengan segera.

Bagaimanapun, kadangkala tayar yang digunakan hanya haus sebelah atau makan sebelah sahaja. Sedangkan, baru sahaja tukar bahkan ada yang tak sampai setahun tempoh penggunaan.

Jadi hari ini SK akan berkongsikan tip, bagaimana untuk kenal pasti punca sebelum tukar tayar baharu yang disampaikan oleh pomen menerusi akaun TikTok @muadzmustafha.

Nak berdiri pun dah tak boleh 

Gambar: TikTok @muadzmustafha

Dalam klip tersebut, dia memaklumkan, jika ingin menukar tayar baharu, pengguna perlu mengenal pasti terlebih dahulu puncanya.

“Tengok tayar ni dah tak boleh berdiri dah. Dah tentu-tentu dia makan sebelah, kenapa jadi macam ni? Menyenget je, punca dia ni lah yang kita kena cari,” katanya.

Tambah lelaki itu, lazimnya masalah itu berpunca daripada absorber yang sudah menjadi “lembik”. Perkara inilah yang mengakibatkan tayar haus tidak sekata.

BACA: Ramai Cadang Guna Sistem Penyembur Air Di Malaysia, Ini Jawapan Dr Aid Fawzal

BACA: Ini Kaedah Yang Lebih Cepat Nak “Check” Keputusan SPM 2023

Meskipun pemilik kereta menggunakan pelbagai jenis tayar berjenama, namun masalah ini tetap akan berulang jika absorber kereta tidak diselesaikan.

Oleh sebab absorber itu sudah lembik, tayar di hadapan menjadi botak di bahagian luar, manakala tayar di belakang pula haus di bahagian dalam.

Gambar: TikTok @muadzmustafha

Untuk makluman, video in mendapat lebih 168,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen pengguna.

Untuk lebih penerangan dan pemahaman yang lebih jelas, boleh tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

@muadzmustafha

KALAU OWNER PEREMPUAN MEMANG DIA JE LAH YANG BETUL😅 #honda #hondacity #tayar #learnontiktok #tiktokmalaysia #contentcreators #melayutiktok #drtayarmuar #drtayarliquimoly

♬ MISSION IMPOSIBLE – tom jordan

Sumber: TikTok @muadzmustafha

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?