Siakap Keli
calon tak hadir spm 2023
Gambar: BERNAMA

Lebih 10,000 Calon Tak Hadir Duduki SPM 2023 – KP Pendidikan

Lebih 10,000 Calon Tak Hadir Duduki SPM 2023 – KP Pendidikan

PUTRAJAYA  — Seramai lebih 10,000 calon baharu tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan hari ini, lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Katanya, KPM akan mengenal pasti punca ketidakhadiran kelompok tersebut.

” Kita akan teliti sebab-sebab mengapa calon ini tidak hadir. Bagaimanapun telah berlaku penurunan yang agak banyak dari segi calon tidak hadir berbanding tahun lepas.

“Dan kita akan teliti satu-persatu sebab-sebab dan intervensi yang akan kita laksanakan untuk pastikan perkara ini akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam sidang media sejurus selepas pengumuman dibuat.

Sumber: BERNAMA

BACA: Berkelakuan Buruk, Pelancong Dilarang Masuk Ke Sebahagian Lorong Di Daerah Geisha Kyoto

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?