Meski Tak Capai ‘Target’ SPM, Ibu Tetap Bangga & Peluk Erat
Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berkongsi perasaan ‘campur baur’ selepas menerima keputusan peperiksaan hari ini.
Meskipun tidak mencapai sasaran yang diimpikan, gadis bernama ‘Balqis’ tetap bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ibu tercinta.
@tyqis1 tak capai target but ibu still sangat proud with my result, kecewa sikit tapi still bersyukur #batch06 #xybca #spm2023
Berdasarkan video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di TikTok, Balqis dilihat sedang menyemak keputusan SPM bersama ibunya.
Riak wajah Balqis bertukar sedikit sedih setelah melihat keputusan SPM, dan ibunya terus memeluk erat anak perempuannya itu dari belakang.
Kelihatan ibunya juga memberikan kata-kata semangat untuk Balqis.
“Tak capai sasaran tapi ibu tetap sangat bangga dengan keputusan saya. Sedikit kecewa, tapi bersyukur,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok yang juga calon SPM 2023 berkongsi pengalaman mereka ketika memperoleh keputusan.
“Saya pun sama. Walaupun saya tak puas hati dengan keputusan saya, ayah tetap bangga dengan saya,”
“Sebiji dengan reaksi ibu saya bila saya tengok keputusan saya,”
“Saya pun sama. Walaupun keputusan SPM saya tidak begitu memuaskan, ibu dan ayah tetap bangga dengan saya,”
Dalam pada itu, terdapat juga warga maya yang memberikan dorongan dan kata-kata semangat buat semua calon SPM 2023.
Perkongsian ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan keluarga, terutamanya ibu bapa, dalam menghadapi kegagalan atau kekecewaan.
Walaupun tidak mencapai sasaran, kasih sayang dan sokongan mereka menjadi sumber kekuatan untuk terus berusaha dan berjaya pada masa hadapan.
BACA: Teroka Penjara Waktu Malam? Jom Sertai Program Unik Di Muzium Penjara Malaysia
Sumber: balqis via TikTok