Siakap Keli
bunga durian boleh dimakan
Gambar: TikTok @alexjee1419

Bunga Durian Pun Boleh Dimakan, Ini Cara Untuk Memasaknya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bunga Durian Pun Boleh Dimakan, Ini Cara Untuk Memasaknya

Durian sememangnya terkenal sebagai Raja Buah dan ia sering menjadi pilihan di hati rakyat Malaysia. Isinya yang kuning dan rasa lemak berkrim sentiasa membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk.

Walau bagaimanapun, buah berduri ini juga kadangkala sukar diperolehi kerana ia bermusim.

Namun, tahukah anda sebenarnya bunga durian juga boleh digoreng dan dijamah bersama nasi hingga berpinggan-pinggan?

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok dikenali Alex @alexjee1419, dia menunjukkan resipi enak tersebut hingga mendapat perhatian ramai.

Gambar: TikTok @alexjee1419

Dalam klip itu, dia telah mengutip bunga yang luruh dan masih segar di tanah sambil mengisi penuh ke dalam plastik yang di bawa.

Alex memaklumkan di dalam kelopak bunga raja buah yang dikutip itu mengandungi cecair dan difahamkan ia merupakan madu yang boleh dihirup segar.

Resipi Bunga Durian 

Bahan-bahan

1. Bunga durian
2. Cili
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Serbuk kari
6. Udang kering
7. Garam
8. Air masak

Katanya, tidak semua bahagian bunga buah itu boleh dimakan seperti habuk pada hujung bunga perlu dibuang untuk mengelak bunga itu berlendir sewaktu dimasak.

Gambar; TikTok @alexjee1419

Bunga durian kemudian diasingkan kepada dua bekas berlainan, satu untuk jejarinya dan satu lagi bekas untuk kelopak.

Bagi jejari bunga boleh dibasuh atau direbus terlebih dahulu (elak lendir) manakala kelopak bunga boleh dibasuh sahaja.

BACA: Berkelakuan Buruk, Pelancong Dilarang Masuk Ke Sebahagian Lorong Di Daerah Geisha Kyoto

Dalam pada itu, kisarkan cili, bawang merah dan bawang putih sebelum dituangkan dalam kuali untuk digoreng. Pastikan ia ditumis sehingga aroma naik.

Kemudian, masukkan udang kering dan serbuk kari bersama. Selepas itu, masukkan kedua-dua bunga durian tadi ke dalam kuali dan digaul bersama.

Letakkan sedikit air dan garam sebagai penambah rasa. Manakala Alex menjelaskan serbuk kari perlu diletakkkan sedikit banyak barulah rasanya lebih enak.

Kemudian, barulah boleh dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk lain. Semoga bermanfaat.

@alexjee1419

Replying to @davindallen3 my favorite bunga durian goreng udang kering serbuk kari… 😋😋😋 #bungadurian #masakbungadurian #kebundurian #bungaduriangorengserbukkari

♬ Ukulele 10 minutes Promenade Warm and peaceful(1114935) – Aruma

Sumber: TikTok @alexjee1419

BACA JUGA: Tayar ‘Haus’, Lelaki Kongsi Cara Kenal Pasti Punca Sebelum Tukar Tayar Baharu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.