“Dia Tundukkan Muka Dan Senyum..” Ina Naim Kongsi Pernah Mimpi Arwah Suami Lebih Tiga Kali
Sudah hampir tujuh bulan, bekas anggota kumpulan nasyid Inteam Suhaimi Saad pergi meninggalkan dunia dan pemergiannya memberi kesan yang mendalam terhadap mereka yang rapat dengannya.
Baru-baru ini, penyanyi Ina Naim mengakui pernah bermimpi bertemu arwah suaminya beberapa kali sejak dia meninggal dunia November lalu.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim berkongsi kisah itu menerusi siaran langsung (live) TikTok dan video tersebut telah dimuat naik oleh akaun TikTok @realfatinyasmin.
Menurutnya, ketika berjaga dari mimpi tersebut dia tidak berasa sedih malah tersenyum kerana arwah dilihat berada dalam keadaan baik.
“Mimpi sangat seronok, tiada yang kak Ina rasa sedih. Semua dalam keadaan kak Ina rasa bila bangun tu senyum je.
“Kak Ina mimpi dia (arwah Suhaimi) ada dalam tiga (atau) empat kali dalam keadaan sama di meja makan. Ada air kemudian dia tundukkan muka dan senyum,” katanya.
Jelasnya lagi, dalam mimpi itu arwah suaminya memberikan senyum dan mukanya sangat bersih selain bercahaya.
“Muka dia sangat bersih, putih, bercahaya. Selepas itu dekat pipi-pipi dia ada urat-urat hijau. Dalam ke semua mimpi itu, dia senyum,” katanya.
Tambah penyanyi kelahiran Johor itu, dia memberitahu, salah satu mimpi itu muka arwah memandang ke arah sisi dalam keadaan senyum dan muka yang bersih.
“Tapi Kak Ina rasa dia sangat selesa dekat sana. Sebab itu kak Ina bila terjaga, Kak Ina akan membacakan doa untuk hilangkan rasa rindu,” jelasnya lagi.
BACA: Ini Kaedah Yang Lebih Cepat Nak “Check” Keputusan SPM 2023
Bercerita lebih lanjut, Ina memberitahu kebanyakan mimpi bertemu arwah, pandangannya tidak memandang tepat ke arahnya mahupun bercakap.
@realfatinyasmin INA NAIM MIMPI ARWAH SS #alfatihah #inanaim #suhaimisaad #artismalaysia #tiktokmalaysia
Untuk pengetahuan, pada November tahun lalu, Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor.
Dalam satu hantaran di Facebook kumpulan naysid berkenaan memaklumkan Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam.
“Sahabat kami yang kami kasihi, Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam.
“Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” maklum Inteam dalam hantaran itu.
Sumber: TikTok @realfatinyasmin
BACA: Hukum “Troll” Menggunakan Ayat Al-Quran, Ini Penjelasan Mufti