Siakap Keli
minyak keluar dari lantai rumah
Kredit: Syuhada' Nazeri via Facebook

Minyak Keluar Dari Lantai Rumah? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Minyak Keluar Dari Lantai Rumah? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Masalah yang dialami oleh seorang penghuni rumah ini mungkin kedengaran ‘aneh’, tetapi inilah yang setiap hari dihadapinya. Mungkin anda pernah mengalaminya, dan mungkin juga ini kali pertama anda mengetahui masalah ‘misteri’ ini.

Bayangkan, setiap hari lantai rumah dipenuhi minyak yang muncul entah dari mana. Setelah puas membersih, mop dan mencuba pelbagai cara termasuk menutup dengan tikar getah serta menyapu cat epoxy, minyak tersebut tetap keluar tanpa henti.

Keadaan yang kurang menyenangkan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Syuhada’ Nazeri.

“Saya baru beli satu rumah yang baru siap. Peliknya, setiap hari keluar minyak dari lantai. Dah jenuh basuh dan mop rumah.

“Saya cuba letak tikar getah, tapi minyak berkumpul bawah tikar.

“Saya minta kontraktor sapu cat epoxy, tapi minyak tetap muncul bertompok-tompok,” ujarnya sambil berkongsi gambar keadaan lantai rumahnya yang berminyak.

Keadaan lantai berminyak di bawah tikar getah

 

Tompokan minyak di lantai dengan cat epoxy

Persoalannya, apa yang sebenarnya menyebabkan minyak ini keluar dari lantai? Adakah ia berpunca dari bahan binaan, masalah tanah atau mungkin kebocoran saluran paip yang tersembunyi?

Lantai sebelumnya tempat takungan sisa minyak masak & paip pecah dalam tanah boleh jadi punca

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Hafiz Sanee, berkongsi pengalaman dan pendapat berkaitan punca berlakunya masalah ini.

“Boleh jadi sebelumnya lantai tersebut adalah tempat takungan sisa-sisa minyak masak, ataupun terdapat paip yang pecah di dalam tanah.

“Saya pernah jumpa kes seperti ini di mana sisa minyak keluar dari celahan mozek. Walaupun telah dibasuh menggunakan waterjet sehingga simen di celahan mozek tertanggal, minyak tetap juga keluar.

“Akhirnya, pemilik rumah tidak tahan lagi dan memanggil kontraktor untuk memecahkan lantai dan menggali tanah di bawahnya. Rupanya, tanah dan pasir di kawasan tersebut penuh dengan minyak.

“Minyak itu berasal dari penyewa sebelumnya yang menjalankan perniagaan makanan goreng-goreng dan sering melakukan aktiviti menggoreng di situ.

“Minyak dibuang melalui paip di situ yang telah tersumbat dengan lemak dan pecah. Itulah puncanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi cara mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan menggali tanah di bawah lantai dan mengganti paip yang pecah.

Kemudian, tanah yang mungkin telah tercemar dan bercampur dengan minyak juga perlu diganti dengan tanah yang baru.

“Proses ini memerlukan hampir setengah lori tanah untuk menggantikan tanah yang tercemar,” katanya.

Bagaimanapun, jika masalah ini berterusan, dapatkan bantuan daripada pakar atau kontraktor profesional yang berpengalaman. Mereka mungkin dapat memberikan penyelesaian yang lebih khusus dan efektif.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Meski Tak Capai ‘Target’ SPM, Ibu Tetap Bangga & Peluk Erat

Sumber: Syuhada’ Nazeri via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.