Siakap Keli
Malaysia makan mikroplastik
Kredit: AFP

Kajian Penyelidik Amerika Dakwa Rakyat Malaysia Paling Banyak Makan Mikroplastik Di Dunia

Kajian sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat mendakwa Malaysia menjadi negara yang rakyatnya paling banyak makan mikroplastik di dunia.

Menurut Daily Mail, kajian bertajuk The Countries That Eat And Breathe The Most Microplastics itu diterbitkan dalam Environmental, Science & Technology.

Kajian tersebut dilaksanakan oleh penyelidik di Universiti Cornell yang diketuai oleh Fengqi You iaitu profesor dalam bidang Kejuteraan Sistem Tenaga.

Untuk menyiapkan kajian berkenaan, penyelidik mengumpul data melibatkan kandungan mikroplastik dalam subkategori makanan-makanan utama.

Antaranya adalah buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein, bijirin, tenusu, gula, garam dan rempah ratus.

Model itu turut memperincikan seberapa banyak pengambilan subkategori makanan-makanan di atas di setiap negara. Misalnya, pengambilan garam perkapita di Indonesia dan Amerika Syarikat hampir sama antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kandungan mikroplastik dalam garam di Indonesia didapati 100 kali ganda lebih tinggi berbanding garam dalam pasaran Amerika Syarikat.

Malaysia muncul negara paling banyak makan mikroplastik di dunia

Penyelidik kemudiannya mendapati rakyat Malaysia makan sebanyak 15 gram mikroplastik sebulan, iaitu tertinggi di dunia dan melebihi jumlah yang dicatatkan oleh negara-negara lain.

Manakala majoriti mikroplastik yang dimakan pula didapati berasal daripada sumber akuatik seperti makanan laut.

Negara jiran, Indonesia berada di tangga kedua dalam senarai tersebut dengan rakyatnya didapati makan mikroplastik sebanyak 13 gram sebulan.

Melengkapi lima kedudukkan teratas negara yang paling banyak makan mikroplastik di dunia adalah Mesir, Filipina dan Vietnam.

Paraguay pula muncul sebagai negara paling sedikit makan mikroplastik di dunia.

Dalam satu lagi senarai, Malaysia berada di tangga kesembilan negara paling banyak menyedut mikroplastik ketika bernafas di dunia.

Sementara China, Mongolia, United Kingdom, Ireland dan The Gambia menerajui lima teratas dalam senarai tersebut.

Menurut Daily Mail lagi, kajian berkenaan mendapati bahawa penduduk di China dan Mongolia menghirup udara mengandungi mikroplastik sebanyak 2.8 juta partikel sehari.

Kandungan berkenaan jauh berbeza dengan jumlah yang dicatatkan di negara-negara paling kurang menyedut mikroplastik ketika bernafas.

Misalnya penduduk-penduduk di Mediterranean dan negara-negara berdekatan seperti Sepanyol, Portugal dan Hungary menyedut udara mengandungi mikroplastik kira-kira 60,000 hingga 240,000 partikel sebulan.

Kredit: Daily Mail

BACA: Kajian Penyelidik Temui Mikroplastik Dalam Testikel Manusia

Sumber: Daily Mail, Universiti Cornell

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.