Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Malaysia tempat hijrah warga asing
Gambar: AFP

Kuala Lumpur Dipilih Bandar Ke-7 ‘Port’ Makan Terbaik Dunia

Hannah

Kuala Lumpur Dipilih Bandar Ke-7 ‘Port’ Makan Terbaik Dunia

Asia Pasifik merupakan sebahagian kawasan di dunia yang kaya dengan keunikan budaya, alam semula jadi dan sejarah yang menarik.

Keunikan kawasan ini dapat dilihat dalam perpaduan agama, bangsa, budaya, alam dan makanan yang membezakannya dari kawasan lain di dunia.

Sebagai pangkalan ekonomi yang kian pesat, banyak negara di Asia Pasifik yang menjadi pilihan para pelancong untuk aktiviti pelancongan, percutian dan pengembaraan.

Antaranya ialah China, Jepun, Filipina, Indonesia dan termasuklah negara kita yang tercinta, Malaysia.

Malaysia negara yang menarik bukan saja kerana kepelbagaian budaya yang unik, tapi juga kerana bermacam-macam makanan istimewa yang menjadi kebanggaan masyarakat.

Lebih menarik lagi, Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia yang dinamik, kini telah mencapai pengiktirafan sebagai antara destinasi makan terbaik di dunia.

Dalam hiruk-pikuk kehidupan kota yang moden dan berwarna-warni, tersorok pelbagai khazanah masakan yang memikat selera pengunjung dari seluruh dunia.

Daripada gerai jalanan yang menyajikan hidangan tradisional asli kepada restoran mewah yang menawarkan hidangan memukau, Kuala Lumpur adalah syurga pencinta makanan.

Kuala Lumpur duduki tempat ke-7 daripada 20 bandar destinasi makan terbaik di dunia

Baru-baru ini, Time Out dilaporkan mengumumkan senarai 20 bandar destinasi makan terbaik di dunia pada 2024.

Berdasarkan senarai itu, Naples, Itali, yang terkenal dengan piza margherita dinobatkan sebagai bandar makanan terbaik di dunia, diikuti dengan Johannesburg, Afrika Selatan berada di tempat kedua dan Lima, Peru berada di tempat ketiga.

Mengejutkan, Kuala Lumpur tidak ketinggalan turut tersenarai antara 20 bandar ‘port’ makan terbaik dunia di tangga ketujuh.

Menurut Time Out, nasi lemak sebagai ikon makanan negara ini menduduki tangga teratas sebagai hidangan wajib untuk dicuba, diikuti oleh sup tomyam Thai dan roti canai.

“Ibu kota Malaysia merupakan sebuah bandar yang sibuk dan terkenal dengan kepelbagaian landskap masakannya.

“Pengaruh masakan Melayu, Cina, dan India yang telah dibentuk selama berabad-abad memberikan Kuala Lumpur keunikan tersendiri dalam dunia kulinari.

“Pelawat harus meluangkan masa mengunjungi kedai kopitiam, restoran mamak, gerai penjaja, dan pasar malam untuk menikmati hidangan jalanan terkenal seperti laksa, roti canai, dan nasi lemak,” kongsi laman itu.

Time Out turut menyarankan beberapa kedai makan yang dianggap berbaloi untuk dikunjungi, termasuk Pickle Dining dan Kai, sebuah restoran yang menampilkan pelbagai perisa dari seluruh Kepulauan Melayu.

Dalam pada itu, lima bandar Asia lain yang turut tersenarai ialah Ho Chi Minh City di Vietnam, Beijing di China, Bangkok di Thailand, Mumbai di India, dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu.

BACA: Kuala Lumpur Melonjak 16 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-73 Bandar Raya Paling Pintar Di Dunia

Sumber: Sinar Harian, Time Out