Siakap Keli
Penduduk Rasa Lega
Kredit: Sinar Harian

Penduduk Luah Rasa Lega Selepas Pemilik Kolam Halalkan Kelisa Yang Ditangkap

Penduduk Luah Rasa Lega Selepas Pemilik Kolam Halalkan Kelisa Yang Ditangkap

Penduduk Kampung Tengah Renggam berasa lega apabila ribuan ikan hiasan yang hanyut sebelum ditangkap orang ramai telah dihalalkan oleh pemilik kolam takungan ikan kelisa yang pecah pada Rabu lalu.

Menurut Sinar Harian, tinjauan yang dibuat pihaknya mendapati penduduk tempatan kini tertumpu ke kawasan anak sungai dan parit yang dipenuhi ikan perhiasan tersebut.

Difahamkan, penduduk-penduduk menangkap ikan kelisa berkenaan untuk dijual atau dibawa pulang, sama ada untuk dijadikan ikan peliharaan atapun dijadikan hidangan.

Menurut seorang penduduk yang berusia 65 tahun berkata penduduk kampung pada awalnya tidak menyangka wujudnya kolam ikan besar yang menempatkan ikan kelisa di kampung berkenaan.

Tambahnya, penduduk kampung mula memenuhi kawasan anak sungai dan parit untuk menangkap ikan-ikan tersebut selepas berita mengenai kolam takungan berisi ikan itu pecah.

“Apabila tiba-tiba kolamnya pecah Rabu lalu, kami orang-orang kampung pergilah tangkap.

“Ada yang buat masak dan jual ikan yang mereka tangkap,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Terdahulu, video orang ramai menangkap ikan kelisa yang hanyut akibat kolam yang pecah menjadi tular di media sosial.

Tindakan orang ramai yang menangkap ikan berkenaan kemudian turut mendapat perhatian warga maya.

Pemilik kolam ikan kelisa telah menghalalkan semua ikan yang diambil

Selepas itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid telah mengeluarkan kenyataan agar ikan-ikan berkenaan perlu dipulangkan kerana ia bukan hak orang ramai pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, pemilik kolam yang hanya mahu dikenali sebagai Ng telah menghalalkan ikan-ikannya yang hanyut dan diambil orang ramai pada Jumaat.

Menurut Ng, adalah mustahil dan rumit untuk mendapatkan semula semua ikan-ikan yang terlepas.

Penduduk berterima kasih kepada pemilik

Dalam pada itu, ada juga penduduk luar yang datang ke kampung berkenaan bertujuan untuk menangkap ikan hiasan bernilai tinggi itu.

Ujarnya, dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menangkap ikan terbabit.

“Saya berjaya tangkap dan bawa balik, memang sedap rasa ikan kelisa ini.

“Ikan yang hidup pula saya jual, tapi saya tak berani letak harga kepada pembeli walaupun tahu harganya pasti RM1,000 ke atas.

“Terima kasih kepada pemilik kolam yang menghalalkan ikan-ikan ini,” katanya.

BACA: Tak Mahu Penduduk Dikecam, Pemilik Kolam Halalkan Semua Ikan Kelisa Yang Ditangkap

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.