Siakap Keli
pemilik kolam halalkan ikan kelisa
Kredit: Sinar Harian

Tak Mahu Penduduk Dikecam, Pemilik Kolam Halalkan Semua Ikan Kelisa Yang Ditangkap

Tak Mahu Penduduk Dikecam, Pemilik Kolam Halalkan Semua Ikan Kelisa Yang Ditangkap

Pemilik kepada kolam ikan kelisa di Layang-Layang, Kluang yang pecah baru-baru ini telah menghalalkan ikan-ikan yang hanyut dan ditangkap oleh orang ramai.

Hanya mahu dikenali sebahai Ng, dia berkata keputusan itu dibuat kerana usaha untuk mendapatkan kembali kira-kira 15,000 hingga 18,000 ikan yang terlepas itu adalah mustahil.

Malah, dia juga percaya ikan-ikan yang terlepas itu hanyut ke merata tempat dan tidak tertumpu di kawasan berhampiran sahaja.

Oleh itu, Ng yang sudah terlibat dalam industri ternakan ikan kelisa sejak 35 tahun lalu berharap tiada pihak yang menyalahkan atau terus mengencam penduduk kampung yang tinggal berdekatan kolam ternakannya.

Pemilik kolam halalkan ikan kelisa yang terlepas dan ditangkap penduduk kampung

“Perkara sudah berlaku dan di luar kawalan saya. Saya mahupun orang kampung tidak bersalah, jangan mengecam kejadian ini kerana ia berlaku tanpa diduga.

“Saya sudah lama menjalankan perusahaan ini dan memiliki hubungan baik dengan penduduk kampung, biarlah mereka mengambil atau sebaliknya ikan yang ditemukan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Ng lagi, setiap satu ikan kelisa induk berkenaan dianggarkan bernilai RM20,000. Justeru, dalam kejadian itu dia terpaksa menanggung kerugian yang mencecah nilai jutaan ringgit.

Malah Ng juga berharap dirinya tabah ketika berdepan dengan kejadian yang berlaku dan akan memandang terus ke depan. Dia kini juga dalam perancangan untuk memindahkan perusahaannya ke lokasi yang lebih sesuai.

“Kejadian ini mungkin berpunca daripada kerja pembinaan infrastruktur tertentu, diharap pihak berkaitan menjalankan siasatan segera. Saya sudah melaporkan kejadian kepada pihak polis dan akan mengambil tindakan mahkamah,” katanya lagi.

Rakaman penduduk tangkap ikan kelisa tular di media sosial

Terdahulu, tular beberapa rakaman yang menunjukkan orang ramai berkumpul menangkap ikan perhiasan bersisik emas dan perak itu.

Menerusi video yang tular, kelihatan juga segelintir penduduk menangkap ikan-ikan berkenaan menggunakan jala dan jaring.

Malah, ada juga yang menjadikan ikan perhiasan bernilai tinggi itu sebagai juadah hidangan.

BACA: Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Tampal Pelekat Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.