Siakap Keli
suami isteri tampal bendera israel
Gambar: Polis Selangor

Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Tampal Pelekat Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Tampal Pelekat Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

Polis Diraja Malaysia telah menahan sepasang suami isteri yang disyaki telah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera di Kajang.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pasangan suami isteri warga tempatan yang masing-masing berumur 20-an itu ditahan di sekitar daerah yang sama pada Jumaat.

“Laporan berkaitan kejadian diterima pada semalam (Khamis), susulan itu siasatan segera dijalankan sehingga membawa kepada tangkapan dua suspek.

Suami isteri diberkas, disyaki tampal pelekat bendera Israel di restoran makanan segera

“Selain itu, turut dirampas sebuah kenderaan digunakan suspek ketika kejadian,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambah Hussein, ujian air kencing yang dibuat ke atas kedua-dua suspek juga didapati positif.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 504 dan 427 Kanun Keseksaan…kertas siasatan dibawah 15 (1) Akta Dadah Berbahaya akan dibuka seiring dengan kesalahan jenayah tadi” tambahnya.

Pihak polis memberi amaran kepada orang awam supaya tidak terlalu fanatik sehingga bertindak membelakangi undang-undang yang boleh mengganggu gugat kenteteraman awam.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang tegas,” katanya.

BACA: Polis Sedang Jalan Siasatan Menyeluruh Kes Anggota Pengiring Didakwa Pukul OKU – KPN

BACA: Indonesia Bakal Uji Teksi Terbang Di Nusantara Julai Ini

Sumber: Polis Selangor, Sinar Harian

 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.