Siakap Keli
indoesia teksi terbang
Gambar: Korea Aerospace Research Institute

Indonesia Bakal Uji Teksi Terbang Di Nusantara Julai Ini

Indonesia Bakal Uji Teksi Terbang Di Nusantara Julai Ini

Indonesia dilapor bakal menguji penggunaan teksi terbang pertamanya di ibu kota baharu, Nusantara pada Julai ini.

Menurut CNA, ujian yang diadakan itu sebagai persediaan menjelang pertunjukkan pada sambutan Hari Kemerdekaan, 17 Ogos nanti.

Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono berkata beberapa komponen penting kenderaan tersebut sudah pun tiba di Balikpapan, Kalimantan Utara pada Rabu lepas.

Manakala komponen bateri pula berada di Jakarta dan akan dihantar dengan kapal ke Samarinda, iaitu sebuah bandar berdekatan di Kalimantan Utara.

Beberapa siri ujian akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan selepas semua komponen yang diterima diperiksa dan dipasang.

Difahamkan, teksi terbang berkenaan mampu membawa lima orang penumpang dalam satu-satu masa.

Mampu muat lima penumpang, Indonesia uji teksi terbang di Nusantara Julai ini

Dengan pengumuman itu, Indonesia kini menyertai beberapa negara lain antaranya Emiriah Arab Bersatu, Slovakia dan Jepun yang mula melaksanakan ujian teksi terbang.

Dalam pada itu, CNA melaporkan bahawa teksi terbang itu merupakan produk yang dibangunkan melalui kerjasama antara Institut Kajian Angkasa Lepas Korea Selatan (KARI) dengan Hyundai Motors Company.

Pada 2022, IKN telah menandatangani satu memorandum persetujuan (MoU) untuk membangunkan ekosistem pengangkutan udara maju di ibu kota baharu Indonesia itu.

Kerjasama dengan Hyundai & KARI, Teksi terbang dijangkan beroperasi di Nusantara menjelang 2045

Melalui MoU berkenaan, Hyundai juga akan bertanggungjawab membangunkan model perniagaan untuk teksi terbang melalui Supernal.

Supernal merupakan subsidiari milik Hyundai yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai kepakaran dalam ekosistem pengangkutan udara bandar.

Hyundai juga akan bertanggungjawab membangunkan teknologi pemanduan autonomous untuk kenderaan tersebut.

Dalam pada itu, IKN menjangkakan teksi terbang akan mula beroperasi di Nusantara menjelang tahun 2045.

BACA: Bukan Setakat Tajaan Pendidikan, Ini Sebab Lain Orang Berebut Nak ‘Apply’ Biasiswa PETRONAS

BACA: Papan Iklan Digital Di Lebuhraya Persekutuan Terbakar

BACA: PM Anwar Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktahkan Sebelum Akhir Julai

Sumber: Channel News Asia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.