Siakap Keli
Biasiswa PETRONAS
Kredit: Bernama

Bukan Setakat Tajaan Pendidikan, Ini Sebab Lain Orang Berebut Nak ‘Apply’ Biasiswa PETRONAS

Bukan Setakat Tajaan Pendidikan, Ini Sebab Lain Orang Berebut Nak ‘Apply’ Biasiswa PETRONAS

Memilih haluan masa depan pelajaran bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil remeh. Jika tersilap langkah, mungkin akan membawa padah seperti tidak dapat hadami silibus yang telah ditetapkan atau lebih teruk mungkin tidak dapat meneruskan pengajian sehingga ditauliahkan. Disebabkan itulah kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memilih sebaik-baiknya jurusan yang akan mereka belajar di kampus kelak.

Selain daripada jurusan yang perlu difikirkan, salah satu lagi tumpuan pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM adalah untuk mendapatkan biasiswa pelajaran dalam atau luar negara. Antara biasiswa yang sering dicari adalah tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh PETRONAS yang sekian ramai sedia maklum adalah antara yang terbaik di Malaysia. Tapi, apa yang menariknya dengan tajaan pendidikan PETRONAS ni?

Tajaan Pendidikan PETRONAS (Lepasan SPM) – Biasiswa PETRONAS

Tajaan Pendidikan PETRONAS (Lepasan SPM) merupakan program penajaan untuk pelajar lepasan SPM yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan universiti terkemuka tempatan dan luar negara lain. Antaranya adalah universiti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun dan Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, pemohon haruslah menepati beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak PETRONAS sebelum mereka ditaja sepenuhnya di dalam bidang pelajaran yang mereka ingin ceburi. Antaranya adalah calon perlu mencapai keputusan akademik SPM yang cemerlang dan mempunyai  rekod penglibatan aktif di luar bidang akademik sebelum mereka dinilai secara personaliti & kognitif melalui penilaian dalam talian. Setelah itu, potensi mereka akan dinilai secara bersemuka untuk mengukur kualiti kepimpinan dan tingkah laku calon.

Kriteria Kelayakan Biasiswa PETRONAS

Berbalik kepada persoalan utama, mengapakah Tajaan Pendidikan PETRONAS ini menjadi idaman pelajar lepasan SPM?

Pelbagai Disiplin Pengajian Yang Ditawarkan

Menariknya, program tajaan ini menawarkan pelbagai bidang pelajaran yang sangat luas. PETRONAS kini menaja bukan sahaja kursus-kursus dalam bidang teknikal yang tertumpu kepada industri minyak dan gas, tetapi juga pelbagai bidang bukan teknikal. Ini membuka peluang yang lebih besar untuk para pelajar mengejar minat mereka dalam pelbagai disiplin ilmu yang berbeza. Diantara bidang-bidang yang ditawarkan adalah:

  • Kejuruteraan Kimia 
  • Kejuruteraan Mekanikal 
  • Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
  • Kejuruteraan Petroleum 
  • Geosains Petroleum, Geologi & Geofizik
  • Kimia Gunaan 
  • Perakaunan / Kewangan 
  • Ekonomi
  • Pemasaran 
  • Kejuruteraan Perisian / Sains Komputer
  • Matematik / Statistik (Sains Data)
  • Sains Aktuari (Risiko Kewangan)
  • Psikologi / Sosiologi (Tingkah Laku Organisasi)
  • Undang – Undang

Kejayaan Pelajar Terdahulu, Sekarang Pegang Jawatan Tinggi Di PETRONAS

Jika hendak diceritakan, terdapat banyak kejayaan yang ditempa oleh pelajar-pelajar lepasan tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh PETRONAS ini. Antaranya adalah Datuk Adif Zulkifli yang kini memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan PETRONAS. Datuk Adif merupakan penerima tajaan pendidikan PETRONAS selepas menamatkan SPM pada tahun 1987. Beliau telah mendaftar dalam program persediaan kolej di South Dakota dan kemudiannya kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di Colorado School of Mines di Amerika Syarikat.

Setelah menamatkan pengajian Datuk Adif pulang ke Malaysia dan berkhidmat di PETRONAS selama hampir 10 tahun sebelum ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Kellogg School of Management di Northwestern University. 

Tidak hairanlah tajaan pendidikan PETRONAS menjadi idaman bakal-bakal pelajar terutamanya yang baru sahaja menamatkan SPM. Bukan sahaja mendapat bantuan kewangan, malah program ini turut menyediakan program pembangunan khusus untuk merealisasikan potensi penuh pelajar dan memupuk mereka untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Permohonan Tajaan Pendidikan PETRONAS (Lepasan SPM) Masih Dibuka

Pemohonan bagi tajaan pendidikan ini masih dibuka sehingga 2 Jun 2024, 12.00pm. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Sila semak kriteria permohonan di dalam pautan INI,  dan pastikan anda boleh membuat permohonan sebelum 2 Jun 2024, 12.00pm melalui pautan di bawah.

Pautan Permohonan Tajaan Pendidikan PETRONAS:: https://link.siakapkeli.my/LwF5i7 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa