Siakap Keli
polis pengiring pukul oku
Gambar: BERNAMA

Polis Sedang Jalan Siasatan Menyeluruh Kes Anggota Pengiring Didakwa Pukul OKU – KPN

Polis Jalan Siasatan Menyeluruh Kes Anggota Pengiring Didakwa Pukul OKU – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes seorang anggota pengiring yang didakwa memukul seorang orang kelainan upaya (OKU) pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan yang dibuat berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi pihaknya.

“Pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden ini akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.

“Langkah ini diambil bagi memastikan siasatan dapat dilakukan secara menyeluruh dan semua pihak yang terlibat dapat memberi keterangan mereka,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tambah Razarudin, keutamaan dalam setiap siasatan yang dijalankan polis adalah untuk memastikan tiada pihak yang terlepas daripada tanggungjawab di atas perbuatan mereka.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa polis sentiasa komited untuk memelihara integriti dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Ia bagi memastikan keadilan dan hak-hak golongan terjejas, terutamanya OKU dapat dipertahan serta dilindungi.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0oYGwFzua5gwpDUA1zaqDFPjmPaW5CcjucMgYjnPqPGqPazepmmXzpEENRqCGbK2Ml

BACA: Indonesia Bakal Uji Teksi Terbang Di Nusantara Julai Ini

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.