Siakap Keli
cara unik kupas mangga
Gambar: BERNAMA & TikTok

Berbentuk Seperti Bunga, Rupa-rupanya Ni Cara Unik Kupas Mangga

Siap Cucuk Lidi, Ini Cara Kupas Mangga “Versatile”

Buah mangga sememangnya popular dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk negara serantau. Ia disukai orang ramai, baik masih belum matang ataupun sudah ranum kerana sedap dimakan begitu sahaja.

Jika buah mangga atau mempelam yang belum masak kebiasaannnya akan dijadikan jeruk atau menyicah “garam belacan”. Manakala buah yang telah ranum juga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus kerana rasanya yang manis.

Selain itu, buah mangga yang masak sering kali dijual di tepi-tepi jalan dalam bentuk buah atau yang telah di siap dipotong.

Sekiranya anda sering singgah di kedai-kedai buah, rata-rata peniaga tentunya mengupas sebuah atau dua buah ini untuk melihat isi mangga yang kuning keemasan kepada pelanggan.

Menariknya lagi, buah ini dipotong dengan teknik lebih estetika agar menarik lagi perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan buah mangga dikupas dengan cara yang unik hingga mencuri perhatian ramai.

Dalam klip yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @siti meifiana, ia memaparkan cara mangga itu dikupas sebelum dijual.

Uniknya, rupa paras mangga tersebut tak ubah seperti kelopak bunga selepas dihiris secara bersilang.

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

Cara kupas mangga 

Dalam video tersebut, penjual dilihat memotong bahagian bawah dan cucuk lidi pada bahagian bawah sebagai pemegang.

Kemudian, dia mengupas kulit buah tersebut seperti biasa dengan pisau atau alat pengupas.

Gambar: TikTok @siti meifiana

Setelah selesai, hiris isi buah secara bersilang dari bawah, dia memastikan isi tersebut tidak tertanggal daripada batang itu,

Video ini mendapat lebih 10.6 juta tontonan di platform media sosial itu dengan lebih 73,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada warganet.

Cara kupas mangga
Gambar: TikTok @siti meifiana

Untuk lebih penjelasan, tonton video di bawah mengenai teknik kupas ini. Semoga bermanfaat.

@siti.meifiana

proses kupas buah mangga bunga 🌺 #mangga #fypシ゚viral #fyp #jabodetabek

♬ suara asli – Siti Meifiana – Siti Meifiana

Sumber: TikTok @siti meifiana

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.