Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Bentuk Seakan UFO Kenali Awan Lentikular
Gambar: Pixabay

Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Iqbal Yasir

Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Jika anda mendongak ke arah langit pada waktu siang, kebiasaannya kita akan dapat melihat kepulan-kepulan awan yang berlegar di ruang langit.

Kebanyakan awan berwarna putih dan ada juga yang berwarna agak kehitaman disebabkan mengandungi air yang tinggi di dalamnya (hujan).

Bentuk awan seringkali berubah-ubah seiring waktu. Ada di antaranya menyerupai bentuk seperti haiwan, tumbuhan, peralatan, perkataan malah manusia.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu kepulan awan berbentuk seakan-akan Unknown Flying Object (UFO) dilaporkan di ruang langit di barat laut Turkiye.

Penemuan itu telah menarik perhatian orang ramai. Difahamkan, awan tersebut dikenali sebagai “Awan Lentikular”.

Apa itu Awan Lentikular? Jadi tanpa membuang masa lagi, mari kita ikuti dengan lebih lanjut topik ini di bawah.

Awan Lentikular

Bentuk Seakan UFO Kenali Awan Lentikular
Gambar: Pixabay

Altocumulus lenticularis merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Latin dan ia membawa maksud “seperti kanta”.

Awan Lentikular merupakan sejenis awan berbentuk gelombang orografik seperti kanta. Umumnya, ia terbentuk apabila udara menjadi stabil dan angin pada bahagian bukit serta gunung merentasi dari arah yang sama pada ketinggian yang berbeza melalui troposfera.

Awan ini biasanya berada pada altitud 6,500 hingga 16,500 kaki tinggi dengan bentuk seperti lapisan melengkung seakan-akan piring terbang (UFO).

BACA JUGA: (Video) Fenomena Awan Bentuk Tsunami Muncul Di Langit Acheh Gemparkan Penduduk Setempat

Kadang kala ia menjadi salah satu teori terhadap penampakan UFO yang berjaya dirakam di ruang langit di seluruh dunia.

Bagaimana Awan Lentikular Terbentuk?

Gambar: Pixabay

Ketika udara bertiup merentasi banjaran gunung dalam keadaan tertentu, ia menyebabkan terbentuknya awan lentikular.

Tambahan lagi, faktor kelembapan udara juga memainkan peranan yang cukup penting kerana ia mempengaruhi pergerakan gelombang serta menyebabkan wap air terkondensasi (air kepada wap). Ia secara tidak langsung membentuk rupa unik yang dipanggil awan lentikular.

Pengaruh Cuaca Yang Dibawa Awan Lentikular

Seperti yang diketahui, ia terbentuk daripada angin yang menerusi kawasan gunung. Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, gelombang udara ini boleh terbentuk walaupun tiada awan.

Pada ketinggian tertentu, awan ini membawa angin kencang yang sangat kuat sehingga beberapa ratus meter jauh.

Susulan itu, juruterbang pesawat tidak digalakkan untuk terbang berhampiran awan lentikular kerana berisiko berlaku pergolakan angin.

Bagaimanapun, juruterbang profesional lebih menyukai awan ini kerana sudah mengetahui dari mana arah angin akan muncul hanya dengan melihat berdasarkan rupa bentuk awan.

Jenis-Jenis Awan Lentikular

Bentuk Seakan UFO Kenali Awan Lentikular
Gambar: Fox Weather

Terdapat tiga jenis awan lentikular utama yang dikenal pasti seperti altocumulus standing lenticular (ACSL), stratocumulus standing lenticular (SCSL), dan cirrocumulus standing lenticular (CCSL).

Setiap jenis awan ini adalah berbeza mengikut ketinggian.

Sumber: Met Office UK

BACA JUGA: Oyen: “Di Luar Samseng, Di Rumah Makan Mak Suap..”