Siakap Keli
Gambar: FOX Weather

Gempar, Kepulan Awan Merah Besar Seakan UFO Muncul Di Turkiye

Gempar, Kepulan Awan Merah Besar Seakan UFO Muncul Di Turkiye

Bentuk awan merah besar seperti UFO telah dikesan berlegar di ruangan udara di bandar Turkiye baru-baru ini sehingga mengejutkan penduduk di kawasan Bursa di barat laut Turkiye kelmarin.

Memetik Daily Star, awan besar tersebut dikenal pasti sebagai awan lentikular, namun ia kelihatan seperti UFO.

Fenomena tersebut menyebabkan ramai individu yang merakamnya pada telefon mereka dan memuat naik ke media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.

Video tersebut menunjukkan kepulan awan besar yang berwarna merah dan berbentuk bulat seakan-akan sama seperti UFO.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Fenomena awan gergasi berkenaan bukan sahaja mengejutkan penduduk Bursa, malah ia menarik perhatian penonton yang melihat rakaman itu menyebabkan ia tular di media sosial sehingga ada yang memberi reaksi mengenai kejadian aneh itu.

Gambar: BBC

“Ia seperti makhluk asing yang akan mendarat di kawasan itu, menyeramkan,” komen salah seorang warganet.

“Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, awan itu sangat besar sehinggakan cahaya tidak dapat menembusinya,” komen seorang lagi warganet.

Difahamkan awan besar berwarna merah itu muncul pada waktu matahari terbit dan mengekalkan bentuknya yang seperti UFO itu kira-kira selama sejam sebelum ia mula hilang, lapor The Guardian.

Menurut Met Office, awan lentikular biasanya muncul pada 2,000 hingga 5,000 meter di langit, ia merupakan petunjuk ‘gelombang gunung di udara’.

Awan tersebut terbentuk daripada kelembapan di atmosfera dan ditiup oleh angin. Udara yang sejuk dan gunung-ganang membantu menyejukkan titisan lembapan yang kemudiannya berlakunya proses kondensasi sehingga menjadikan awan itu menjadi bentuk yang aneh.

Awan juga boleh muncul apabila mempunyai udara stabil dan angin bertiup merentasi bukit dan gunung dari arah yang sama pada ketinggian yang berbeza.

Sumber: Daily Star

Noorliyana Ishak