Ramai Tak Sedar, Penapis Air ‘Makan’ Elektrik Kuat Macam Peti Ais & “Aircond”
Ramai di antara kita sering mengeluh apabila perlu membayar bil eletrik yang tinggi. Hakikat pahit itu terpaksa ditelan kerana kita memang terpaksa dan tidak boleh mengelak daripada menggunakan perkakasan elektrik setiap masa.
Memang diakui, perkakasan elektrik dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja. Namun begitu, cara kita menggunakan perkakasan elektrik akan menentukan bil elektrik yang perlu dibayar nanti.
Meskipun kebanyakan barangan elektrik banyak sudah ditambah baik dengan teknologi penjimatan elektrik, tetapi sebagai pengguna kita masih perlu mengamalkan tip-tip penjimatan sendiri.
Jadi, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh seorang pemuda di akaun TikToknya, @abgletriqq tentang tip penjimatan elektrik di rumah.
Penapis air makan elektrik kuat macam peti ais dan aircond, tapi ramai tak sedar
Menurut @abgletriqq, segala barangan elektrik yang mempunyai heater atau heating element merupakan peralatan yang menggunakan tenaga yang banyak.
Misalnya seperti cerek elektrik, seterika, periuk nasi, pemanas air mandi, ketuhar, peti ais dan penyaman udara.
Akan tetapi, perkakasan elektrik seperti peti sejuk akan membuatkan bil elektrik melambung lebih tinggi kerana peti sejuk adalah peralatan yang dipasang 24 jam sehari secara berterusan.
Begitu juga dengan penyaman udara, ada yang dipasang dan beroperasi lebih daripada lima jam sehari.
@abgletriqq turut berkongsi satu perkakasan elektrik yang banyak menggunakan tenaga namun tidak disedari oleh orang ramai.
Perkakasan berkenaan adalah mesin penapis air kerana peralatan tersebut turut mempunyai heating element dan dipasang setiap hari seperti peti sejuk.
Sebab itulah, untuk lebih banyak penjimatan anda mungkin boleh beralih kepada penapis air manual.
Kedua-dua peralatan elektrik ini boleh menyumbang kepada kenaikan bil elektrik yang tinggi
Tip pertama ialah anda perlu mengawal cara penggunaan penyaman udara di rumah.
Jika suhu pada alat kawalan jauh ditetapkan pada 16 darjah Celcius, iaitu suhu paling rendah untuk penyaman udara, maka compressor terpaksa ‘bekerja’ dengan lebih keras
Suhu yang ideal untuk penyaman udara adalah 24 darjah Celsius kerana suhu ini tidak akan membebankan compressor, malah tidak akan ‘menelan’ banyak bil elektrik anda.
Menurut @abgletriqq lagi, anda boleh memasang kipas sambil membuka penyaman udara sekiranya ruang tidak merasa sejuk.
Tip yang seterusnya ialah anda perlu membersihkan penapis udara (air filter) penyaman udara.
Hal ini kerana ia memerlukan udara luar masuk ke dalam bagi mengeluarkan udara yang sejuk. Jika ia tersumbat, aliran udara sejuk pun tersekat.
Langkah seterusnya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah mengurangkan risiko
Tip yang ketiga ialah suis utama penyaman udara dan mesin basuh baju perlu ditutup apabila tidak lagi menggunakannya.
Bukan itu sahaja, anda juga disarankan untuk mencabut palam berkenaan apabila tidak digunakan.
@abgletriqq turut menjelaskan apabila anda tidak menutup suis utama, elektrik masih mengalir ke komponen PC Board walaupun ia sedang ditutup.
Lanjutan daripada itu, jangka hayat PC Board akan tahan lebih lama kerana tidak ada ‘waste energy’ yang menyebabkan ia terbakar.
BACA: Basi Bukan Sebab Beras, Lelaki Kongsi Tip Elak Nasi Tak Mudah Basi
@abgletriqq sebab tu rumah abang still guna water purifier manual😅 #homeelectricalproducts #tips #tipsandtricks #abgletriqq #fyp
Sumber: @abgletriqq