Siakap Keli
tip nasi tak mudah basi
Gambar: TikTok @ fadhlikhobin

Basi Bukan Sebab Beras, Lelaki Kongsi Tip Elak Nasi Tak Mudah Basi

Basi Bukan Sebab Beras, Lelaki Kongsi Tip Elak Nasi Tak Mudah Basi

Seperti yang diketahui, nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia, kaya dengan karbohidrat yang memberikan tenaga kepada individu untuk melakukan rutin seharian.

Bermula dari sarapan pagi hingga ke makan malam, nasi adalah menu wajib yang dihidangkan di atas meja rumah. Bahkan sebahagian rakyat tentunya tidak senang duduk, jika tidak menjamah nasi, kan?

Nasi sebenarnya berasal daripada beras yang ditanak dengan air di dalam periuk tradisional mahupun periuk nasi moden (rice cooker).

Walau bagaimanapun, nasi yang ditanak ini tidak bertahan lama atau mudah menjadi basi. Perkara ini tentunya membuatkan nasi sedia ada terpaksa dibuang dan tidak boleh dimakan lagi.

Ia berkemungkinan berpunca daripada cara penggunaan periuk nasi atau rice cooker yang kurang cermat.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip bagaimana mahu membuatkan nasi yang ditanak tidak mudah basi dengan cepat di bawah ini.

Tip elak nasi cepat basi

Menerusi perkongsian video pemilik akaun TikTok @fadhlikhobin, dia berkongsikan cara yang boleh digunakan oleh setiap orang sewaktu menanak makanan ruji itu agar tidak cepat basi.

Jelasnya, sebelum menanak nasi, basuh terlebih dahulu periuk nasi yang ingin digunakan hingga bersih.

Gambar: TikTok @ fadhlikhobin

Seterusnya, terbalikkan periuk nasi yang sudah dibasuh di atas dapur dan buka api. Biarkan periuk berada dalam keadaan itu buat seketika.

Gambar: TikTok @ fadhlikhobin

BACA: Masak Nasi Tapi Terlebih Air? Petua Mudah Guna Sekeping Roti Untuk ‘Keraskan’ Semula Nasi Lembik

Kemudian, barulah periuk nasi boleh digunakan untuk menanak nasi seperti biasa.

“Untuk teknik ni, hampa buat dalam sebulan sekali pun dah mencukupi,” katanya dalam klip berdurasi 26 saat itu.

Video ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet termasuk memuji tindakan lelaki itu berkongsi info yang bermanfaat.

Klip ini mendapat lebih, 500,000 ribu tontonan dengan lebih 16,ooo tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.

Untuk lebih penjelasan, tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

@fadhlikhobin

Tip Elak Nasi Cepat Basi #tipmasakan

♬ New beautiful day – Aleksei Gorobetc

Sumber: TikTok @fadhlikhobin

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.