Pernah tak waktu tu korang memang tengah lapar sungguh, lepas tu pergilah ke dapur, buka tong beras, masuk air dalam periuk dan masak nasi.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya butang ‘masak’ pun naik. Korang dengan penuh bersemangat bukaklah tudung periuk. Waktu nak cedok nasi tu, tiba-tiba terkejut.
Rasa lembik semacam. Oh, patutlah..nasi terlebih air rupanya. Daripada nak makan nasi lauk telur mata kicap dengan cili potong, terus bertukar jadi bubur sendu tak berlagu. Potong stim betul!
Tahukah korang, rupa-rupanya ada teknik ‘rahsia’ macam mana nak ‘adjust’ balik nasi yang lembik tu jadi keras. Benda ni tak diajar dalam buku teks, hanya kita-kita je tau.
Jom ikuti perkongsian oleh Norhasmiza Mohd Noor dalam group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHI) seperti di bawah. Selamat mencuba!
Tips kalau masak nasi air terlebih
Dalam perkongsian itu, Puan Norhasmiza menulis:-
“Walaupun dah 30 tahun jadi mak orang, tapi masak nasi terlebih air. Beras baru, ingatkan sama je..Masa air dah kering, nasi nampak pecah perut. Jangan risau..
“Letakkan sekeping roti, tutup tudung periuk.. Bila nak makan, elok je kejadiannya. Sebelum makan nasi tu, ambil jem sapu kat roti..Apa lagi makan la roti tu, lembut je..”
Tekniknya cukup mudah. Pastikan periuk nasi tu dibuka, kemudian letakkan sekeping roti di atas permukaan nasi yang lembik tadi. Lepas tu, tutup semula dan biarkan sekejap.
Pada waktu itulah roti tu dipercayai ‘menyerap’ air dan membuatkan nasi menjadi sedikit kering. Nak makan, ambillah nasi macam biasa. Roti tu pulak jangan buang, tak baik membazir. Sapu jem ke, coklat ke, ngaplah sekali sebagai ‘appertizers‘.
Kaedah lain yang hampir serupa
Ada juga netizen lain turut berkongsi kaedah yang hampir serupa mereka gunakan. Jom ikuti apa yang dikongsikan ini.
Mudahkan? Selamat mencuba.
Sumber: Norhasmiza Mohd Nor via MATJHI