Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nampak Membantu, Tapi Jangan Terus Beri Air Kepada Pesakit Separa Sedar

Jangan Beri Air
Gambar Hiasan

Pernah dengar tak, jangan beri air, makanan atau buat aktiviti lain termasuk ke tandas kepada pesakit yang nampak seperti mahu pengsan?

Ada sebabnya kenapa doktor dan jururawat di hospital tak benarkan untuk pesakit buat semua ini dan semuanya untuk keselamatan pesakit sendiri.

Baru-baru ini, warga maya di Threads telah membincangkan tentang larangan memberi makanan, minuman atau aktiviti lain selepas ada yang berkongsi individu meninggal dunia.

Susulan itu, @liseca_clarinda menjelaskan bahawa pesakit yang kelihatan tidak sihat dan nak pengsan tidak dibolehkan untuk minum kerana organ tidak berfungsi dengan baik terutama epiglottis yang memisahkan laluan makan dan bernafas.

Jika pesakit dibenarkan untuk minum air, risiko untuk tersedak akan berlaku dan air masuk ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan sakit lain seperti radang paru-paru akibat tersedak.

Penerangan dari @liseca_clarinda sebenarnya betul. Bila nampak orang yang sakit meminta air untuk diminum, mungkin naluri pertama dari orang ramai adalah untuk penuhi permintaan mereka.

Tapi, memberi air kepada individu yang separa sedar terutama mereka yang baru mengalami kemalangan bukanlah tindakan yang selamat untuk individu tersebut.

Menurut laporan Dubuwa, perkara kecil seperti memberikan beberapa teguk air boleh mendatangkan risiko tertentu, jadi pentingnya untuk kita tahu mengapa air tidak disarankan untuk mangsa sebelum menerima pemeriksaan daripada petugas.

Pesakit Berisiko Tercekik

Mengambil contoh perbincangan warga maya, pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, separa sedar atau sukar menelan berisiko untuk tercekik jika diberikan air.

Lagi membimbangkan, air boleh masuk ke dalam saluran pernafasan dan menyebabkan aspirasi yang berisiko membawa kepada komplikasi seperti radang paru-paru.

Pesakit Mungkin Mengalami Kecederaan Dalaman

Mengambil contoh individu yang baru mengalami kemalangan dan meminta air untuk diminum.

Penting untuk kita ketahui, tidak semua kecederaan dapat dilihat dari luar dan mangsa mungkin mengalami pendarahan atau kecederaan pada organ dalaman tanpa menunjukkan tanda yang jelas.

Memberi makanan atau minuman sebelum mereka menerima pemeriksaan lanjut boleh menyukarkan pengurusan kecemasan, terutama jika mangsa memerlukan rawatan atau prosedure segera.

Pesakit Mungkin Perlu Jalani Pembedahan Kecemasan

Terdapat juga kemungkinan pesakit yang separa sedar atau mengalami kemalangan memerlukan pembedahan kecemasan.

Dalam keadaan tertentu, mereka perlu berpuasa atau tidak mengambil apa-apa melalui mulut sebelum menjalani prosedur kerana makanan atau minuman dalam perut boleh meningkatkan risiko muntah dan kandungan perut masuk ke dalam saluran pernafasan ketika diberikan bius.

Dahaga Tidak Semestinya Bermaksud Perlukan Air

Rasa sangat dahaga terutama selepas kemalangan mungkin berlaku akibat kehilangan cecair atau darah tapi memberi air mungkin membuatkan mangsa berasa sedikit lega tapi tak selesaikan punca masalah sebenar.

Jadi, jika pesakit atau mangsa kemalangan mula meminta air, perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah dapatkan bantuan dari jururawat atau petugas kecemasan.

Elakkan memberi makanan atua minuman kepada pesakit atau mangsa, terutama jika mereka tidak sedarkan diri, keliru, mengalami kecederaan serius atau mungkin memerlukan pembedahan.

Walaupun memberi air mungkin nampak macam bantuan mudah, tapi tindakan terbaik adalah memastikan pesakit atau mangsa mendapatkan rawatan daripada jururawat atau petugas perubatan.

Sumber:Dubawa
Intipati
  • Pesakit separa sedar berisiko tercekik jika diberi air, makanan atau minuman.
  • Air boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan aspirasi serta radang paru-paru.
  • Mangsa kemalangan mungkin memerlukan pemeriksaan atau pembedahan sebelum mengambil apa-apa melalui mulut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan