Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud dilaporkan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada jam 2.10 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa dikesan pada koordinat 7.2 darjah selatan dan 117.2 darjah timur, kira-kira 194 kilometer timur laut dari Mataram, Indonesia.
Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 499 kilometer.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat berhubung kejadian berkenaan turut dikongsikan MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook awal pagi tadi.

