Hairan, Kenapa Pemegang Pintu Kereta Mudah Calar? Ini Punca Tak Disangka-sangka
Memiliki sebuah kereta baru boleh menjadi pengalaman yang mengujakan, lebih-lebih lagi kepada pemilik yang pertama kali membeli kereta sendiri.
Perasaan yang dirasai umpama menerima hadiah selepas menempuh penantian yang panjang dan sekian lama memasang angan untuk memiliki kenderaan idaman.
Apabila mendapat kereta baru, pasti kita mahu menjaga dan memelihara harta tersebut supaya berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa, kan?
Namun begitu, ada kalanya kita tidak dapat mengelak atau menepis sesuatu peristiwa daripada hendak berlaku.
Tergores dinding, terkena batu dan pasir di jalan hingga menyebabkan badan kenderaan calar adalah situasi biasa yang perlu dilalui semua pemilik kereta.
Punca pemegang pintu kereta mudah calar yang tak disangka-sangka
Mungkin bagi jenis individu yang tidak ‘kisah’, mereka tidak merasa terkesan apabila melihat sedikit kesan calar pada kereta masing-masing.
Manakala bagi yang lain pula, segala cacat cela yang ada pada kereta mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.
Walaupun kereta sudah diberikan penjagaan sebaiknya, namun terdapat beberapa masalah yang masih sukar untuk diselesaikan.
Antara masalah kereta yang paling kerap berlaku, kesan calar pada pemegang pintu kereta masing-masing. Disebabkan kita kerap membuka pintu kereta, maka kesan geseran mula kelihatan pada bahagian pemegang tanpa mengira warna kereta.
Jadi, SK hari ini akan berkongsikan antara punca pemegang pintu kereta mempunyai kesan calar yang disampaikan oleh pengguna TikTok @altimatautogarage.
Ada cara mudah untuk hilangkan kesan calar pada bahagian tersebut
Menurut @Altimat Auto Garage, kuku manusia itu sendiri menjadi salah satu punca kesan calar yang sering timbul pada tempat pemegang pintu kereta, terutama jika pengguna gemar menyimpan kuku panjang.
Apatah lagi, tempat pemegang pintu mungkin menjadi bahagian luar kenderaan yang paling banyak disentuh manusia, maka kesan calar lebih mudah terbentuk.
Itu belum dikira jika tangan yang membuka pintu kenderaan turut memegang objek lain seperti kunci kereta. Jadi geseran yang berlaku boleh menambah kesan calar pada bahagian tersebut.
Tetapi, masalah tersebut sangatlah mudah untuk diatasi. Caranya adalah dengan memasang penutup (cover) pemegang pintu kereta.
Tambah @Altimat Auto Garage lagi, penutup tersebut boleh dibeli melalui beberapa laman sesawang mengikut kesesuaian jenis kenderaan anda.
Nampak biasa je kan? Tapi sebenarnya penutup pemegang pintu kereta ini sangat penting kerana dapat melindungi bahagian kereta yang paling mudah tercalar.
BACA: Kalau Mesin Basuh 10Kg, Berat Termasuk Air Dengan Pakaian Sekali Ke? Ini Jawapannya
@altimatautogarage Anatara punca-punca door handle banayk kesan calar! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretakuang #bengkelrepairaircondkereta #bengkelrepairaircondkereta #serviskereta #bengkelservicekereta #automotif #automotifmalaysia #baikikereta #bengkelbumiputera
Kredit: @altimatautogarage via TikTok