Siakap Keli
berat mesin basuh
Kredit: @abgletriqq via TikTok

Kalau Mesin Basuh 10Kg, Berat Termasuk Air Dengan Pakaian Sekali Ke? Ini Jawapannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau Mesin Basuh 10Kg, Berat Termasuk Air Dengan Pakaian Sekali Ke? Ini Jawapannya

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang menjadi keperluan penting dalam setiap rumah. Lebih-lebih lagi, ia sangat membantu dalam meringankan kerja harian.

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis mesin basuh yang dijual dan paling popular adalah cucian top loading (bukaan atas) dan front loading (bukaan depan).

Selain itu, kapasiti mesin basuh juga berbeza mengikut kepada keperluan masing-masing, mengambil kira saiz keluarga. Misalnya, untuk keluarga kecil, mesin basuh dengan kapasiti 6 hingga 7kg sudah mencukupi, tetapi untuk keluarga besar, akan memilih mesin basuh dengan kapasiti 9 hingga 10kg.

Persoalannya, bagaimana kita hendak tahu sukatan kapasiti yang telah ditetapkan agar tidak membebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh?

Kalau sumbat terlalu banyak pakaian, bukan saja pakaian tidak dicuci dengan bersih tapi mesin basuh juga akan cepat rosak.

Jadi, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh seorang pemuda di akaun TikToknya, @abgletriqq tentang tip had sukatan kapasiti untuk mesin basuh dengan betul.

Ini rupanya had sukatan kapasiti pakaian untuk mesin basuh top loading dan front loading

Sekiranya di rumah atau di dobi mempunyai mesin basuh dengan kapasiti 10kg, bagaimana hendak tahu jika had sukatan pakaian adalah 10kg juga?

Sebagaimana yang kita selalu nampak, mesin basuh jenis front loading selalu ada di dobi.

Sebelum ni pasti ramai yang menyangka bahawa mesin basuh jenis itu tidak boleh memuatkan terlalu banyak pakaian dalam satu basuhan.

Kalau sumbat banyak pakaian, kita pasti risau mesin basuh itu rosak dan kita pula kena bayar ganti rugi.

Menurut Haier, kapasiti sesebuah mesin basuh diukur berdasarkan berat pakaian kering yang hendak dibasuh. Jadi, jika mesin basuh yang dibeli berkapasiti 10 kg, maka mesin basuh berkenaan mampu memuatkan pakaian kering seberat 10 kg.

Ringkasnya, kapasiti 10 kg yang dimaksudkan pada mesin basuh itu adalah merujuk kepada berat pakaian kering yang boleh diisi.

Berbalik kepada perkongsian @abgletriqq berkenaan tip mengisi pakaian dalam mesin basuh, dia menjelaskan anda boleh mengisi seberapa banyak pakaian dalam mesin basuh jenis front loading.

Hal ini kerana, mesin basuh front loading menggunakan seratus peratus putaran drum dalaman yang ada dalam mesin basuh tersebut. Kekuatan mesin itu boleh memutar pakaian yang disumbatkan dalam mesin tanpa masalah.

Ini berbeza dengan mesin basuh top loading yang menggunakan pulsator di pertengahan drum bagi membantu putaran air supaya pakaian berpusing.

Bagi mesin basuh top loading, kuantiti air perlu melebihi pakaian. Maka, had pakaian yang anda perlu letakkan ke dalam mesin basuh adalah 3/4 daripada drum sahaja.

Menurut @abgletriqq lagi, pulsator sukar melakukan putaran air sekiranya anda ‘menyumbat’ pakaian ke dalam mesin basuh sehingga penuh.

Bukan itu sahaja, malah perbuatan berkenaan mengakibatkan pakaian sukar untuk dicuci sekali gus pencucian menjadi tidak bersih.

Selain itu, clutch spring mesin basuh turut menjadi rosak disebabkan terlebih beban pakaian.

Video ini memberi manfaat kepada orang ramai

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Anda juga boleh menonton video daripada @abgletriqq di bawah untuk memahami lebih lanjut teknik yang dimaksudkan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

@abgletriqq

Replying to @arepeacearepeace sukatan baju atau kain untuk cuci dalam mesin basuh😊 #homeelectricalproducts #tips #tipsandtricks #washing #abgletriqq #fyp

♬ original sound – ABG.LETRIQQ – ABG.LETRIQQ

Sumber: @abgletriqq via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.