Siakap Keli
wajah suspek asid faisal
Gambar: PDRM

Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid Faisal Halim Diedar Polis

Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid Faisal Halim Diedar Polis

SHAH ALAM — Lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, butiran fizikal mengenai suspek turut disertakan selain lakaran lelaki tersebut.

“Suspek dianggarkan berumur 30 tahun dan berketinggian 165 sentimeter.

“Selain itu, suspek mempunyai susuk badan sederhana serta berkulit sawo matang,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mengenai atau mempunyai maklumat berkaitan individu berwajah seperti lakaran terbabit diminta segera memaklumkan kepada polis.

“Sebarang maklumat berkaitan dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas dan Undang-Undang(D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M Jagachandran di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Pada  5 Mei lalu, Faisal, 26, telah disimbah asid dipercayai dilakukan oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dalam kejadian sekitar jam 5 petang.

BACA: Dari Mana Datangnya Nama PJS, PJU, SS dan USJ? Ini Penjelasannya

Pada awalnya, Faisal dilaporkan mengalami luka lecur tahap dua, namun disahkan mengalami melecur tahap empat selepas pembedahan pertama dilakukan.

Keadaannya dilaporkan semakin stabil selain sudah dipindahkan ke wad biasa daripada unit rawatan rapi (ICU).

Sehingga kini, Faisal dijadualkan menjalani pembedahan keempat iaitu split skin graft (SSG) pada minggu depan.

Faisal Nyatakan Hasrat Nak Main Bola Semula – Shahril

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan Faisal Halim tidak sabar untuk bermain bola semula.

Perkara itu dinyatakan oleh Faisal yang berhasrat untuk membantu pasukan menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi Liga Super malam tadi.

Memetik Sinar Harian, pemain itu menunjukkan semangat yang luar biasa meskipun belum pulih akibat kecederaan simbahan asid.

“Hampir setiap kali pertemuan Faisal akan menyatakan keinginan mahu kembali ke padang menjalani latihan atau menyepak bola.

“Dia mengetahui malam ini (Sabtu) Selangor akan berentap dengan KDA FC. Itu pun dia nyatakan hasrat mahu beraksi bersama pasukan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: