Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Dedah Ada Percanggahan Keterangan Saksi & Ibu Bapa Zayn Rayyan

Athirah
percanggahan keterangan ibu bapa zayn
Gambar: Sinar Harian

Polis Dedah Ada Percanggahan Keterangan Saksi & Ibu Bapa Zayn Rayyan

Polis mendedahkan bahawa terdapat percanggahan keterangan antara saksi dengan ibu bapa Zayn Rayyan.

Menurut Sinar Harian, perkara itu menjadi antara alasan pasangan suami isteri berkenaan ditahan ketika ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang giat melakukan pelbagai usaha untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Ada perkara perlu disemak semula dan ada perkara yang tidak selari serta konsisten daripada keterangan saksi dan sebagainya menjurus kepada tangkapan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Kita telah selesai soal siasat fasa pertama untuk reman tujuh hari. Ada perkara yang perlu kita ‘counter check’ dan ada perkara yang masih tidak seiring dengan siasatan, jadi kita sambung reman enam hari untuk lengkapkan kertas siasatan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Hussein memaklumkan perkembangan berkenaan kepada media semasa Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Polis Selangor di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakan, di Kajang.

BACA: Bukit Bintang Sesak Semua Sebab Lazada, ‘Bertabur’ Baucar Beli-belah Sehingga RM666 Untuk Dimenangi

Pihak polis sedang berusaha melengkapkan kertas siasatan

Malah, beliau turut menegaskan adalah masih terlalu awal untuk pihaknya memaklumkan apa yang akan berlaku selepas ini, termasuk pertuduhan di mahkamah.

Pihak polis dalam pada itu akan berusaha untuk melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh lanjutan reman ini sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

“Kes masih dalam siasatan. Sebab perlu enam hari lagi reman kerana ada perkara perlu siasatan lanjut, ada yang bercanggah dan perlu kita betulkan sampai kita puas hati.

“Bukan hanya dari mereka (ibu bapa) tapi dari saksi lain,” ujarnya.

Menurut Hussein, pihak polis juga turut memanggil pengasuh Zayn Rayyan dan dua ahli keluarganya untuk dirakam keterangan.

“Peguam ada ruang untuk berjumpa, polis juga ada ruang untuk tentukan mereka (peguam) boleh jumpa ibu bapa Zayn Rayyan dalam tempoh atau selepas reman itu.

“Polis ada budi bicara untuk tentukan bila mereka boleh jumpa,” katanya.

BACA: Angkasawan Apollo 8 William Anders Maut, Pesawat Dipandu Terhempas

BACA: Kes Zayn Rayyan: Tempoh Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

Sumber: Sinar Harian