Walau Tewas, Rakyat Malaysia Puji Jojo Ghazali Tak Undur Dalam Gelanggang
Johan ‘Jojo’ Ghazali yang mewakili Rentap Muaythai Gym tewas menerusi keputusan pengadil ketika menentang Nguyen Tran Duy Nhat dalam aksi ONE 167 sebentar tadi.
Berdepan Duy Nhat yang juga merupakan juara lima kali WMF Muay Thai, Jojo yang baru berusia 17 tahun berjaya menyajikan kebolehan dan aksi tangkasnya ketika bertarung di pentas yang lebih tinggi.
Dalam pertarungan tiga pusingan itu, Jojo dilihat tidak pernah mengundur walaupun sekali dan terus melakukan asakan keras terhadap lawannya.
Malah, ketika lawan mendaratkan tumbukan dan melepaskan tendangan ke arahnya, Jojo tetap bertahan seterusnya memberikan serangan balas yang berbahaya.
Tak undur dari lawan, rakyat Malaysia puji & bangga dengan Jojo walaupun tewas
Namun dengan pengalaman yang dimiliki oleh Nguyen dan kawalan dalam gelanggang yang lebih baik, Jojo akhirnya terpaksa akur untuk tewas kali pertama sepanjang bersaing dalam ONE Championship.
Kecundang kepada penarung yang jauh lebih berpengalaman, namun rakyat Malaysia rata-ratanya berbangga dan memuji aksi ditampilkan Jojo.
Menerusi hantaran yang dibuat SK sebelum ini, rakyat Malaysia tidak henti-henti berkongsi rasa bangga mereka dengan Jojo Ghazali.
“Insha-Allah, kembali lebih kuat lepas ini. Jangan risau, masa anda akan tiba,” kata Sufi As-Sunnan.
“17 tahun beza (pengalaman). Nguyen itu 5 kali juara, lebih pengalaman dari segi teknikal. Tetapi (tetap) padu Jojo hadap, berani. Kembali lebih kuat Jojo,” kata Zul Z Esyam pula.
“Masih ada peluang akan datang Jojo, pengalaman akan mendewasakan selepas ini. Kami tetap bangga (ada) anak muda bawa nama Malaysia dalam sukan ini. Rezeki pasti akan (menjadi) milik Jojo akan datang,” ujar Ahmad Solihin.
“Kekalah pertama. Walaupun kecewa sebab kalah tapi ada bagusnya juga kalah. Cari lompong untuk diperbaiki untuk aksi seterusya. Baru 17 tahun, jauh lagi ke depan. Selamat maju jaya Jojo,” komen Ahmad Hazarul pula.
“Jojo sikit pun tidak mundur, terus berani maju tanpa gentar. Tetapi bila dia masuk je terus kaki Nguyen hinggap. Nguyen lebih berpengalaman dan pengalaman mendewasakan. Tahniah Jojo, kembali lebih kuat selepas ini,” ulas Mohd Radzi Irfan.
BACA: Jojo Ghazali Tewas Kepada Nguyen, Menerusi Keputusan Pengadil
Sumber: Hantaran Siakap Keli