Jojo Ghazali Tewas Kepada Nguyen, Menerusi Keputusan Pengadil
Rezeki nampaknya tidak memihak kepada penarung sensasi, Johan ‘Jojo’ Ghazali dalam pertarungan kali ini selepas beliau tewas kepada Nguyen Tran Duy Nhat dalam ONE 167 sebentar tadi.
Dalam pertarungan tiga pusingan yang berlangsung di Bangkok itu, Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym itu tewas menerusi keputusan pengadil.
Walaupun remaja berusia 17 tahun itu beraksi baik, namun pengalaman yang dimiliki Nguyen, 35, yang juga juara lima kali WMF Muay Thai ternyata banyak membantunya untuk mengawal pertarungan kali ini.
Beraksi baik, namun Jojo Ghazali tewas kepada Nguyen menerusi keputusan pengadil
Nguyen yang mewakili Hochiminh City Muay Team juga dilihat lebih berbahaya dengan lebih banyak mendaratkan tumbukan dan melepaskan tendangan ke arah lawannya.
Dalam pada itu, kekalahan ini menjadi kekalahan pertama Jojo dalam siri pertarungan ONE Fight dimana beliau sebelum ini memegang rekod 5-0. Empat daripada rekod kemenangan itu dimenangi oleh Jojo secara knockout.
BACA: Bukit Bintang Sesak Semua Sebab Lazada, ‘Bertabur’ Baucar Beli-belah Sehingga RM666 Untuk Dimenangi
Jojo masih banyak masa dan peluang cerah untuk terus mencipta nama
Bagaimanapun, masa depan Jojo dalam arena pertarungan ini sangat cerah dan beliau begitu banyak peluang untuk mencipta sejarah serta merangkul pelbagai kejuaraan selepas ini.
Untuk Jojo, anda sudah buat yang terbaik. Semoga kemenangan menjadi miliknya dalam pertarungan-pertarungan yang akan datang.
BACA: Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?
BACA: Jumpa Papan Liang Dengan Kesan Terbakar, Penggali Kubur Kongsi Kisah Menginsafkan
Sumber: Youtube ONE Championship