Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Guru agama maut tersepit MyVi
Sumber: Sinar Harian

Baru Tiga Bulan Mengajar, Guru Agama Maut Tersepit Dalam MyVi

Hannah

Baru Tiga Bulan Mengajar, Guru Agama Maut Tersepit Dalam MyVi

Seorang guru agama sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) maut dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori pasir tanpa muatan di Kampung Kubang Telaga, pada Ahad.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2 petang, menyebabkan Nur Ain Fitriah Zakaria, 25, mengalami kecederaan parah dan tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bapa mangsa, Zakaria Mat, 54, yang sedang bertugas di sebuah pejabat kerajaan di Pasir Puteh, menerima panggilan daripada penduduk kampung yang memaklumkan tentang insiden itu.

Menurut Zakaria, anak keduanya daripada lima beradik itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat mengajarnya di Sekolah Menengah Agama (A) Al-Hidayah Al-Islamiah di Kampung Chap, Bekelam, ke rumah mereka yang hanya sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kemalangan.

“Anak saya baru setahun pulang dari belajar di Mesir selama empat tahun sebelum ini.

“Dia baru tiga bulan mengajar bahasa Arab di sekolah itu dan pada waktu tersebut biasanya Nur Ain Fitriah memandu pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

BACA: Nahas Bas Rompin: Hasnatul Adilah Sempat Tanya Keadaan Anaknya

Jelas Zakaria, anaknya itu memandu kereta jenis Perodua MyVi yang baru dibeli oleh Zakari tiga bulan lalu sebagai hadiah kepadanya.

Zakaria, yang juga Imam Muda Masjid Kubang Telaga, menggambarkan anaknya sebagai seorang yang baik dan selalu mendengar nasihat ibu bapa.

“Tiada apa-apa perubahan ditunjukkannya sebelum kejadian ini,” katanya.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Telaga selepas selesai bedah siasat.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan II, Abdurrashid Ab Rahman, memaklumkan bahawa seramai 11 anggota bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kami menggunakan peralatan hidrolik bagi mengumpil besi kereta dan mengeluarkan mangsa.

“Mayat yang dapat dikeluarkan itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, ketika dihubungi pemberita, mengesahkan kejadian kemalangan tersebut.

BACA JUGA: Nahas Bas Rompin: Panggilan Video Perbualan Terakhir Bersama Isteri

Sumber: Sinar Harian