Siakap Keli
BKKA Terengganu
Sumber: Kementerian Kewangan

Cara Nak Mohon BUDI MADANI

BUDI MADANI: Ini Kriteria Kelayakan & Cara Mohon Dapatkan Bantuan RM200 Sebulan

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.

Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Kategori penerima BUDI MADANI dan kriteria kelayakan

Tiga kategori penerima BUDI MADANI dan kriteria kelayakan adalah seperti yang berikut:

  1. BUDI Individu
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
  • Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif.
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.
  • Setiap permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20).
  1. BUDI Agri-Komoditi
  • Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
  • Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

Di bawah kesemua kategori tersebut, penerima yang layak akan menerima BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Esok, 10 Jun 2024, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan BUDI MADANI yang pertama, lapor BERNAMA.

Bantuan ini tidak ada tarikh tutup, oleh itu semua yang berkelayakan diseru untuk memohon sama ada bantuan BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi.

Cara mohon BUDI MADANI

Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun bermula 28 Mei 2024 yang lalu.

Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan. Penerima tanpa akaun bank pula boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk memohon dan mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, orang awam diminta melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747/03-88824565/03-88824566 atau secara e-mel di alamat [email protected].

Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.

BACA: Harga Diesel Di Semenanjung Ditetapkan RM3.35 Seliter Mulai 12.01 Tengah Malam Ini

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.