Siakap Keli
Ibu Bapa Zayn dibawa kediaman
Gambar: X

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Kediaman, Dipercayai ‘Lakon Semula’ Anak Hilang

Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Kediaman, Dipercayai Lakukan ‘Lakon Semula’ Kejadian

PETALING JAYA — Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, dibawa kembali ke kediaman mereka di Apartment Idaman, Damansara Damai, dipercayai untuk proses lakonan semula kejadian hari ini, lapor Sinar Harian.

Suspek itu, yang kini berada dalam tahanan reman polis dibawa ke blok R dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman untuk melakonkan semula kejadian kehilangan Zayn sebelum mayatnya ditemui.

Turut kelihatan adalah patung kanak-kanak yang dibawa oleh pihak polis, bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan patung tersebut.

Menerusi tinjauan media, lokasi kejadian juga dikawal ketat oleh anggota polis.

Sehingga kini, masih tiada maklumat berhubung suspek yang dibawa semula ke lokasi berkenaan menaiki van putih kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Sebelum ini, polis mendedahkan bahawa terdapat percanggahan keterangan antara saksi dengan ibu bapa Zayn Rayyan.

Menurut Sinar Harian, perkara itu menjadi antara alasan pasangan suami isteri berkenaan ditahan ketika ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang giat melakukan pelbagai usaha untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Ada perkara perlu disemak semula dan ada perkara yang tidak selari serta konsisten daripada keterangan saksi dan sebagainya menjurus kepada tangkapan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Kita telah selesai soal siasat fasa pertama untuk reman tujuh hari. Ada perkara yang perlu kita ‘counter check’ dan ada perkara yang masih tidak seiring dengan siasatan, jadi kita sambung reman enam hari untuk lengkapkan kertas siasatan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

BACA: “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”, Jeritan Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah

Terdahulu, negara di digemparkan berita Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia sehari selepas kehilangannya dilaporkan media pada 6 Disember lalu.

Jasad kanak-kanak malam itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman di Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, 6 Disember tahun lepas.

Mayat Zayn Rayyan dikatakan ditemui oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Media tempatan turut melaporkan jasad Zayn Rayyan dijumpai di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: