Siakap Keli
karavan tak layak budi madani

Karavan, Motorhome Persendirian Tak Layak Mohon Budi MADANI

Karavan, Motorhome Persendirian Tak Layak Mohon Budi MADANI

Sejak 28 Mei 2024, individu yang layak sudah boleh memohon insentif BUDI MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Budi MADANI adalah satu sumbangan tunai selepas pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Inisiatif ini khusus untuk individu memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Individu yang layak akan menerima bantuan tunai RM200 sebulan dari kerajaan MADANI.

Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah karavan dan motorhome termasuk dalam kenderaan diesel yang layak memohon? Ini kerana karavan dan motorhome sudah semakin diminati di Malaysia.

Selepas meneliti soalan lazim di laman web Budi Madani, soalan ke-24 telah menjawab bahawa karavan dan motorhome termasuk bas atau van persiaran tidak menepati kriteria jenis badan kenderaan diesel persendirian.

karavan tak layak budi madani

Semalam kerajaan juga telah mengumumkan harga Diesel ditetapkan pada RM3.35 seliter mulai 10 Jun 2024.

Menurut kerajaan subsidi bersasar ini bertujuan membendung ketirisan subsidi yang berlaku sekian lama di Malaysia dan subsidi bersasar bagi petrol juga akan dilaksanakan nanti.

Sumber: Soalan Lazim Budi Madani

BACA JUGA: Cara Nak Mohon Budi MADANI

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.