Terkini

Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Berita
5 Lelaki Ditahan, Perselisihan Faham Jadi Punca Pacuan Empat Roda Langgar Motosikal
Jenayah
SPRM Terima Laporan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Berita
Amaran Hujan Lebat Di 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi – MetMalaysia
Malaysia negara ke-6 wanita tercantik Asia
Gambar Hiasan

Malaysia Negara Ke-6 Dengan Wanita Tercantik Di Asia

Hannah

Malaysia Negara Ke-6 Dengan Wanita Tercantik Di Asia

Kecantikan adalah sesuatu yang sukar untuk ditakrifkan dengan satu definisi yang tepat. Setiap individu mempunyai pandangan tersendiri tentang apa yang dianggap sebagai “cantik.”

Kecantikan boleh dilihat dari pelbagai sudut termasuk raut wajah, personaliti, gaya berpakaian dan adab sopan seseorang, khususnya wanita.

Di Malaysia, definisi kecantikan wanita di negara kita tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan dan tradisi. Kecantikan di sini bukan hanya terletak pada rupa paras, tetapi juga dari sopan santun dan adab yang diamalkan.

Tidak hanya itu, pakaian tradisional seperti baju kurung, cheongsam dan saree tidak dapat dinafikan turut memperindah penampilan selain menggambarkan keanggunan budaya yang diwarisi turun-temurun.

Seperti yang kita ketahui, rata-rata wanita Malaysia berasal dari pelbagai latar belakang seperti Melayu, Cina, India, termasuk etnik-etnik lain di Sabah dan Sarawak.

Kepelbagaian ini menghasilkan gabungan kecantikan yang unik, menjadikan wanita Malaysia istimewa di mata dunia.

Malaysia duduki tempat ke-6 daripada 20 negara dengan wanita tercantik di Asia

Baru-baru ini, Insider Monkey melaporkan senarai 20 negara dengan wanita tercantik di Asia.

Kredit: Seasia Stats via Facebook

Dalam senarai tersebut, Korea Selatan, yang sering kali dirujuk sebagai “ibu kota kecantikan dunia,” dinobatkan sebagai negara dengan wanita tercantik di Asia, diikuti oleh Jepun di tempat kedua dan Vietnam di tempat ketiga.

Selain itu, negara Asia Tenggara lain dalam 20 teratas termasuk Filipina (4), Singapura (9), Thailand (10), Indonesia (11), Myanmar (19) dan Laos (20).

Lebih istimewa lagi, kecantikan wanita Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila negara kita menduduki tempat ke-6 daripada 20 negara dengan wanita tercantik di Asia.

“Keragaman etnik Malaysia, yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan kumpulan asli lain, menghasilkan campuran unik ciri-ciri wajah dan standard kecantikan,” tulis Insider Monkey.

Sungguh membanggakan mengetahui bahawa kecantikan wanita Malaysia, rakyat kita sendiri, turut dihargai dan diperhatikan di peringkat global, sesuatu yang sebelum ini mungkin kita pandang “sebelah mata”.

BACA: Malaysia Diiktiraf Negara Paling Disayangi Di Asia

Sumber: Insider Monkey