Siakap Keli
Remaja Paru-paru Berlubang vape
Gambar: Metro UK

Paru-paru Gadis Ini Berlubang Kerana Hisap Vape

Paru-paru Gadis Ini Berlubang Kerana Hisap Vape

Seorang remaja perempuan, 17, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas paru-parunya berlubang akibat tabiat buruk menghisap rokok elektronik (vape), lapor Metro UK.

Mangsa dilaporkan telah rebah dan kulitnya bertukar kebiru-biruan sewaktu menginap di rumah rakannya pada 11 Mei lalu. Difahamkan, dia mempunyai tabiat vaping luar biasa, iaitu menghisap rokok elektronik itu bersamaan dengan 400 batang rokok seminggu.

Menurut ayah remaja terbabit, anaknya mengalami pulmonary bleb, kantung udara paru-paru menjadi kecut dan pecah hingga berlubang.

Berikutan itu, dia terpaksa menjalani pembedahan lebih lima jam untuk mengeluarkan sebahagian bahagian pada paru-parunya. Remaja berkenaan kemudian berada di bawah pemantauan pihak hospital selama dua minggu sebelum dibenarkan pulang.

Tambah bapa remaja itu, anaknya hampir menemui ajal kerana berisiko mengalami serangan jantung.

“Mereka memberitahu anak saya telah menjadi ‘biru’. Mereka fikir dia telah meninggal dunia,” kongsinya sewaktu dihubungi ketika kejadian.

Dalam perkembangan lain, bapa kepada sepuluh anak itu menasihati kepada golongan muda di luar sana agar meninggalkan atau berhenti menghisap vape kerana menganggap ia bukanlah tabiat yang bemanfaat.

BACA: Kenali Islam Makhachev, Murid Kesayangan Bapa Khabib

Pada 2023, 11 kes serupa direkodkan termasuk kanak-kanak di bawah lima tahun dimasukkan ke hospital selepas paru-paru berlubang akibat menghisap vape.

Menurut Action on Smoking and Health (ASH), populariti vape meningkat dengan pantas dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 hingga 17 tahun, dengan bilangan tersebut meningkat hampir dua kali ganda kepada 20 peratus pada tahun 2023.

Kesan Vape

Tabiat menghisap rokok elektronik atau e-rokok ini boleh membantutkan pertumbuhan otak remaja kerana mempunyai bahan kimia toksik seperti plumbum dan uranium yang terdapat di dalamnya, lapor BBC News.

Terdahulu pada 2019, seorang pesakit telah meninggal dunia setelah didakwa akibat vape dan merupakan kematian pertama di Amerika Syarikat.

Sumber: Metro UK

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA JUGA: Harga Diesel Di Semenanjung Ditetapkan RM3.35 Seliter Mulai 12.01 Tengah Malam Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.