Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
kenali Islam Makhachev
Gambar: The Athlatic

Kenali Islam Makhachev, Murid Kesayangan Bapa Khabib

Iqbal Yasir

Kenali Islam Makhachev, Murid Kesayangan Bapa Khabib

Tentu ramai di sini merupakan peminat sukan seni membela diri atau lebih dikenali sebagai Ultimate Fighting Championship (UFC).

Hari ini, berlangsungnya pusingan kelima pertarungan UFC 302 antara Islam Makhachev dan Dustin Poirier di Prudential Center, New Jersey.

Perlawanan berpihak ke atas Makhachev atau Raja “pound-for-pound” dan dia berhasil mempertahankan gelaran tali pinggang ringan (lightweight) buat kali ketiga dengan keputusan 26-1-0.

Walau bagaimanapun, pasti ramai di sini yang masih belum mengetahui latar belakang Makhachev bukan?

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan serba sedikit siapakah pemenang tali pinggang ringan UFC ini.

Siapa Islam Makhachev?

Siapa Islam Makhachev
Gambar: AFP

Islam Makhachev atau nama penuhnya, Islam Ramazanovich Makhachev, dilahirkan pada 27 Oktober 1991 di Dagestan, Rusia.

Dia dibesarkan di Burshi, sebuah daerah yang terletak di Dagestan.

Kariernya dalam seni mempertahankan diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) bermula apabila membuat debut pada 2010 dengan mengalahkan Magomed Bekbolatev.

Tidak menunggu lama, Makhachev berjaya menyapu lima kemenangan berturut-turut dalam arena MMA pada tahun berikutnya.

Disebabkan prestasi yang cemerlang, Makhachev kemudiannya dilamar oleh UFC pada 2015.

Lebih mengejutkan, dia berjaya merekodkan 11 kemenangan berturut-turut selepas tewas dalam perlawanan keduanya melawan Adriano Martins di UFC pada Oktober 2015.

BACA: Kenali Telinga “Cauliflower”, Yang Selalu Berlaku Pada “Fighter”

Murid kesayangan bapa Khabib

Gambar: AFP

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Makhachev merupakan anak murid kesayangan Abdulmanap Nurmagomedov, bapa dan guru kepada Khabib Nurmagomedov.

Meskipun Makhachev dan Khabib tidak mempunyai pertalian darah, namun kedua-duanya mempunyai hubungan rapat sejak kecil dan bersekolah di sekolah yang sama.

Sejak mereka kecil, Makhachev sering melawat Khabib di rumahnya untuk menonton latihan yang dilakukan dan disebabkan itu, mereka berdua selalu berlatih bersama.

Menurut Makhachev, Khabib yang juga mempunyai gelaran The Eagle, diibaratkan sebagai abang kerana sering memberi dorongan dan sokongan ketika dia memerlukan.

Muncul juara dunia lightweight

Kehebatan Makhachev mula dipandang peminat di seluruh dunia apabila dia muncul sebagai juara dunia lightweight buat kali pertama pada tahun 2022 menewaskan Charles Oliveira di UFC 280.

Pada tahun lalu, dia sekali lagi membuktikan siapa yang layak merangkul gelar itu dengan Alexander Volkanovski dalam perlawanan di UFC 284.

Kemudian pada 2023, Makhachev sekali lagi mempertahankan tali pinggang yang dimenanginya sebelum ini dalam pertarungan menentang Alexander Volkanovski.

Sumber: Suara.com , Cnn Indonesia

BACA JUGA: Khabib Menangis Selepas Catat Kemenangan, Kali Pertama Menang Tanpa Arwah Ayah Disisi