Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sejarah Di Sekolah Rendah Hanya Ditawarkan Kepada Murid Tahun 5 Dan 6
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah hanya ditawarkan kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6.
Manakala pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula di Tingkatan 1.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan media mengenai penawaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.
Sewaktu sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh telah menjelaskan mengenai kurikulum baharu yang akan bermula pada tahun hadapan melibatkan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1.
Menurutnya, fasa pengenalan kurikulum baharu itu melibatkan murid tahun dan tingkatan satu pada 2027 sebelum diperluas kepada tahun dan tingkatan dua pada 2028.
“Sesuatu kurikulum itu akan digunakan untuk suatu tempoh masa dan apabila sampai pada tempohnya, maka kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu.
“Semakan kurikulum akan diadakan jika ada keperluan. Maka untuk subjek atau mata pelajaran tertentu, semakan dari segi kurikulum boleh dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya di Dewan Rakyat semalam.