Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Agong Nasihat Sekolah Di Kawasan Terjejas Ditutup, Utamakan Keselamatan Murid

Agong Nasihat Sekolah Di Kawasan Terjejas Ditutup
Kredit: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya keselamatan dan kesihatan murid diberi keutamaan susulan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

Berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berterusan pada paras antara 150 hingga 180, Baginda menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas ditutup.

Agong Nasihat Sekolah Di Kawasan Terjejas Ditutup

Titah Baginda, aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberikan keutamaan, selain meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO).

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan penutupan sekolah selama dua hari di Johor susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara.

Langkah berkenaan dibuat sebagai usaha melindungi murid serta warga sekolah daripada risiko kesihatan susulan keadaan kualiti udara yang semakin merosot.

Intipati
  • Agong menasihatkan sekolah di kawasan terjejas jerebu ditutup susulan bacaan IPU tinggi.
  • Baginda bertitah keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan.
  • KPM dan agensi berkaitan diminta mengambil langkah melindungi murid, warga emas serta pesakit respiratori.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan