Siakap Keli
Pelajar 13 tahun hilang dari asrama
Sumber: Sinar Harian

Polis Minta Bantuan Kesan Pelajar 13 Tahun Hilang Dari Asrama

Polis Minta Bantuan Kesan Pelajar 13 Tahun Hilang Dari Asrama

Pihak polis meminta bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun hilang yang dipercayai melarikan diri dari asrama sekolah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, menyatakan bahawa warden menyedari kejadian itu kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan, Muhammad Danish Darwish Dasuki Muhammad Addam tiada semasa sesi panggil nama pelajar asrama.

“Bagaimanapun, rakannya memaklumkan pelajar Tingkatan Satu itu masih ada semasa waktu pembelajaran malam di bilik belajar pada jam 10 malam.

“Usaha mencarinya telah dilakukan di sekitar kawasan sekolah tetapi tidak ditemui dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada bapanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, susulan kehilangan tersebut, bapa pelajar telah membuat laporan polis pada Isnin kerana bimbang akan keselamatan anaknya selepas usaha mencarinya di sekitar Rembau tidak membuahkan hasil sehingga kini.

“Kali terakhir dia dilihat memakai baju Melayu berwarna hijau tua dan berseluar hitam. Muhammad Danish Darwish berketinggian lebih kurang 155 sentimeter, rambut lurus, terdapat kesan parut jahitan di bahagian kiri atas dahi, berbadan agak gempal dan kulit sawo matang.

“Setakat ini punca pelajar itu keluar dari asrama masih dalam siasatan dan berdasarkan siasatan awal, sepanjang dia berada di asrama dan belajar di sekolah tersebut, dia tidak mengadu apa-apa masalah kepada keluarganya,” katanya.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terjumpa dengan remaja tersebut diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran.

BACA: Penyasaran Subsidi Diesel: Pengusaha Bas Tidak Sepatutnya Naikkan Kadar Tambang – Loke

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah