Siakap Keli
tapak tin air bergas
Kredit: AFP

Kenapa Tapak Tin Air Bergas Direka Serong Ke Dalam? Bukan Saja-saja, Ini Jawapannya

Kenapa Tapak Tin Air Bergas Direka Serong Ke Dalam? Bukan Saja-saja, Ini Jawapannya

Hari ini, terdapat pelbagai jenama dan perisa air berkarbonat atau bergas dijual dalam pasaran. Singgah sahaja di mana-mana pasar raya atau kedai runcit, pasti ada terjual air minuman ini.

Seperti yang kita sedia maklum, air berkarbonat dijual secara meluas sejak duhulu lagi. Malah, ada segelintir individu sangat menggemari minuman manis itu sehingga dijadikan sebagai minuman ‘wajib’ setiap hari.

Biasanya, air berkarbonat dijual dalam botol atau tin. Manakala botol dan tin ini pula direka dengan ciri-ciri tertentu yang dapat menarik minat pengguna.

Namun begitu, ada juga bahagian tertentu pada botol atau tin yang direka khas bagi tujuan spesifik. Misalnya, bahagian serong ke bawah yang wujud pada tapak tin air minuman.

Kenapa tapak tin air minuman bergas dicipta serong ke bawah? Bukan saja-saja, ini alasannya

Menurut portal Reader’s Digest, rekaan serong ke bawah itu bertujuan untuk membolehkan tin minuman air berkarbonat menahan tekanan.

Biarpun diperbuat daripada bahan aluminium nipis, dengan rekaan tersebut tin berkenaan dapat menahan tekanan sehingga 90 pound bagi setiap inci persegi.

Jumlah berkenaan bersamaan kira-kira enam kali tekanan atmosfera biasa. Ia sekaligus membolehkan tin berkenaan menghalang gas yang terkandung di bahagian dalam daripada meletup keluar.

Selain itu, rekaan serong itu juga menjadikan tin minuman lebih stabil dan mudah disusun secara bertingkat dalam ruang sempit seperti dalam peti ais.

Ini fungsi lain bahagian melengkung pada tin minuman yang ramai tak tahu

Menerusi video TikTok yang dimuat naik @jordan_the_stallion8 pula, lelaki ini turut berkongsi info menarik yang lain berkenaan rekaan pada tapak tin air minuman berkarbonat.

Kata @jordan_the_stallion8, bahagian melengkung dan serong pada tapak tin air minuman tersebut juga boleh digunakan untuk membuka penutup tin air minuman.

Anda boleh tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

BACA: Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemukan, Sebahagian Proses Siasatan

@jordan_the_stallion8

#stitch with @knowledgesaurus #fypシ

♬ original sound – Jordan_The_Stallion8

BACA: “Kena buat 63 kali…”, Adik Ni Selamba Selasaikan Rubik Hanya Pusing Dua Bahagian Je

Sumber: Reader’s Digest

Athirah

When nothing goes right, go left.