Siakap Keli
tiga parah kemalangan tapah
Gambar: JBPM

Tiga Parah Dalam Kemalangan Lori Dengan Kereta Di Lebuhraya PLUS

Tiga Parah Dalam Kemalangan Lori Dengan Kereta Di Lebuhraya PLUS

Sekurang-kurangnya tiga wanita parah manakala tiga lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah lori dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza di km 329.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Selatan, Tapah, Perak awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.21 pagi.

Difahamkan, insiden melibatkan enam orang mangsa wanita yang menaiki kenderaan Alza dan seorang lelaki yang menaiki lori tersebut.

Susulan itu, seramai 12 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tapah telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan RRV dan dua motosikal Unit RIM sebaik panggilan diterima.

BACA: Kereta Terbabas Masuk Parit, Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, tiga wanita didapati mengalami kecederaan parah setelah tersepit di dalam kenderaan Perodua Alza.

“Pasukan Bomba telah bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk di bawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera,” ujar Ketua Operasi PBK II Fazril bin Md Noor.

Sementara itu, tiga lagi mangsa berjaya keluar daripada kenderaan dengan sendiri sebelum pihak Bomba tiba.

“Ketiga-tiga mangsa turut mengalami kecederaan ringan dan telah diserahkan kepada pegawai perubatan KKM untuk dibawa ke hospital.

“Manakala, pemandu lori selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” maklum JBPM dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.08 pagi.

Lelaki cedera parah kereta dipandu terkena tayar lori tercabut 

Sementara itu, dalam kejadian yang lain, seorang lelaki dilaporkan cedera parah gara-gara kereta yang dipandunya terkena tayar lori yang tercabut dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tuanku Abdul Halim.

Difahamkan, kereta jenis Proton Iriz yang dipandu dari arah Jalan Mahameru menghala ke Jalan Duta itu tidak sempat mengelak dan telah terlanggar tayar tersebut. Ia menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan seterusnya terbabas di kiri jalan.

https://www.facebook.com/BombaMalaysiaOfficial/posts/pfbid02JurJbBFb9gbfD1NH9kZcMJ5j9hQoi65wSu2o1wDPUEyRSKJRDG8zdpX2DX2BRTcml

Sumber: JBPM

BACA JUGA: Kereta Terbabas Langgar Pagar Istana Besar

BACA JUGA: “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.